Saturday, July 16

Cabaran sistem agent paling dasyat !

Wanita ni bukan calang-calang orang tau . Kalau nak tahu dia ini lah owner kepada perfume yang tengah hot kat pasaran sekarang , Dexandra .

Nama dia Ernayanee Nur Julaimi a.k.a Oshien . Perfume Dexandra punya model kalau tak silap si Nabil Raja Lawak dengan bini nabil tu sendiri . Umur wanita ni baru 30 tahun , tapi dah berjuta dia buat duit dalam masa sebulan tau ... perghh recikk .

Ok la banyak cakap banyak bohong . Nak tahu extra pasal dia ni , pergi add / follow dia kat FB . Hari-hari dia share tips bisnes tanpa jemu . Tips hari ni pasal sistem agent untuk rujukan Vv , insyaAllah berguna di masa akan datang .





Ramai founder yang buat retail nak buat sistem agent.. Tapi bertanya soalan paling mencabar kat saya hehe..

"Apakah perkara paling mencabar dalam mengendalikan agent dan bagaimana mengatasinya.. ?"

PALING MENCABAR adalah MENGURUSKAN EMOSI..

Ya.. Bila kita menguruskan agent, apatah lgi melibatkan beribu agent.. Bagaimana kita nak mengawal pelbagai ragam, kerenah, emosi kerana mereka juga manusia yang nak berjaya.. Mereka juga kadangkala rapuh dan mudah down... Mereka juga mudah tersentuh, terasa dan menangis..
Tidak semua paham apa itu BESAR HATI, apa itu perniagaan, ombak dan badai dalam perniagaan.. Ramai yang join nak berjaya tapi dalaman tidak kuat & ramai yang rapuh. Berlakulah banyak salah paham sesama team.. Apatah lagi agent2 yang tidak mengikuti rules menyebabkan lagi ramai agent yang follow sentap dan sakit hati... Dan macam macam situasi yang berlaku.
Tidak mudah menguruskan manusia apalagi emosinya.. Silap haribulan kita boleh ditarik ke bawah bersama sama..

So nasihat saya kepada sesiapa yang buat sistem begini.

1) KITA SENDIRI KENA KAWAL EMOSI DIRI SENDIRI ..
Bayangkan pelbagai jenis orang pm, mengadu, mencemuh, mengatakan kita founder yang .... ( semua tak elok ) , berlaku pergaduhan antara sesama team..
Pertama kali diri sendiri pastikan terkawal.. Kita perlu menjadi orang paling profesional yang tidak rapuh bila dicakp apa shaja. Walupun hati marah mana sekalipun apa yang kita tuturkan , cakapkan dan bertindak mengikut kewarasan akal.. Paling penting kene hilangkan rasa syak wasangka bukan2.. Be profesional..

2) BANTU SIAPA YANG NAK BERSAMA DAN NAK DI BANTU..
Kita tak boleh menukar kepercayaan & mindset orang secara mendadak.. Contoh nya mereka rasa SISTEM TIDAK ADIL.. Jika diterangkan mereka tetap memberontak.. For me.. Let it go.. Means jika mereka tidak boleh follow buat aper nak simpan orang yang begitu dalam team .. Ramai positif tapi bila ada seorang yang mula negetif , ia memberikan gelombang yang tidak baik..
Fokus kita adalah berniaga, fokus aper yang boleh memberi kepada kebaikkan bukan fikirkan masalah yang tidak boleh dikawal.. Tidak salah mengadu / complain.. Yang slah nyer complain penuh emosi, nada marah, nada perli.. Seolah2 pendapatnya paling tepat.. Jika saya tak mampu kawal orang mcm ni walaupun diterangkan cara baik.. Saya dah tak layan.. Sebb kita penat bantu orang yang tak boleh bertoleransi dan percaya apa yang dier percaya betul..
Fokus orang yang nak dibantu.. Pilih orang yang boleh sama pemikiran dan hati nya sama.. Antara doa saya juga adalah berikan lah kejayaan kepada orang yang bersama2 dan ikhlas berniaga.. 
Alhamdulillah setakat ni doa ni menjadi, orang yang bersama yang betul2 berniaga hasilnya baik2. Tetapi orang yang memberontak dan tak amanah.. Sales pun takder.. Ajaibnya doa..
3) SATUKAN HATI HATI MEREKA DALAM 1 JEMAAH ( 1 direction )
Yang ni cabaran utama.. Satu hati, bagaimana nak reach & touch setiap hati mereka .. Sednagkan mereka itu ramai.. Malah tidak dikenali langsung...
Cara saya adalh satukan hati stokis dahulu.. Orang yang boleh saya touch. Boleh duduk bersama , sebb tu pemilihan stokis sangat penting.. Bukan sebb mereka ada wang.. Baik ambik orang yang dari bawah naik sikit2 lebih mereka hargai peluang itu.. Berbanding lantik orang yang terus berduit.. Sebb kebanyaakkn mereka yang sudah berduit , mereka ada kuasa, apatah lagi jika mereka ada business dan mula compare sistem business.
Syaa tak ckap semua orang.. Tapi mereka kebanyakkan susah follow.. Ayat biasa saya dengar.. " KAU NAIK PUN SEBAB AKU... " so saya elakkan stokis ada sikap mcm ni... sikap memainkan peranan. To be a good leader, u must be a good follower ! So saya biarkan mereka dari bawah dulu naik biar susah.. 
Jadi utk satukan stokis, say akan buat meeting dan banyakkan perjumpaan dengan stokis.. Letak mindset dan direction . Lebih banyak stokis berjumpa saya, lagi banyak ilmu saya shared dan kami bertukar2 pikiran. Mereka umpama board director.. Keputusan saya akan melibatkan perbincnagan dan pandnagan mereka sebagai orang kuat dalam company.. 
Jika stokis dah bersatu dan ader direction dan fokus yang betul barulah saya proceed ke bawah2.. Itupun kepada orang yang nak jumper.. Tak semua orang nak jumper n bertalaqi.. Tidak semua ! So kita bantu ornag yang nak dibantu.. Asalkan foundation , tiang kita kuat.. Satukan semua melalui tiang tiang yang di bina..
4) SAMPAIKAN ILMU..
Tidak semua orang paham , sehinggalah adanya ilmu didada tentang apa yang perlu dipahamkan.. Lebih banyak ilmu sebenarnyer orang tu lebih tunduk.. Saya suker tgk orang berilmu.. Cara mereka ckap masyaalah semua nyer dengan ilmu, tertutur dan profesional..Bukan dengan emosi.. 
Jadi saya tak salah kan orang yang berniaga sesuka hati ni, kerana mereka berniaga tanpa ilmu.. Sebb tu pentingnya ilmu,. Jadi saya cuber sampaikan ilmu melalui penulisan dan pengalaman utk mereka paham.. Kenapa perlu berjemaah , kenepa kene ader mindset yang betul, kenapa perlunya kita menghormati sesama kita.. Bagaimana cara utk mengawal emosi, memaafkan dan fokus kepada yang baik2.. Berkomunikasi dengan baik dan menghargai serta bersyukur..
5) BERDOA..
Ya berdoa, apa yang kita nak dalam perniagaan ini, datangkan orang yang baik baik, datangkan orang yang berkualiti.. Orang yang mahu berjaya bersama sama.. Orang yang ikhlas dalam perniagaan ini.. Jauhkan orang yang ada hasad dengki dan orang2 yang berpotensi menjatuhkan perniagaan.. 
Doa perniagaan ini memberi manfaat kepada orang yang betul.. Dan memberi kebahagian dunia akhirat.. Doa! 
Dan bila kita dah berdoa begini , jika ada orang yang left dari business ni.. Jangan sentap ! Ucap alhamdulillah , kita bersyukur, bukan kita merungut dan complain psal mereka.. Mereka yang left tak cukup layak bersama , mereka ditakdirkan bukan bersama sebb itulah doa kita... So fokus kepada orang yang nak bersama n bantu.. 
Yakin rezeki Allah bagi, bukan manusia yang beri.. Manusia hanyalah perantara, luasnya rezeki Allah.. Jadi jangan disebbakan manusia lain kita terus takut rezeki Allah Yang KAYA.. Dan kita beremosi kerana manusia.
URUS EMOSI KITA SEBAIKNYA
BILA KITA MAMPU URUS EMOSI SENDIRI, BANTU URUSKAN EMOSI ORANG YANG BERSAMA SUPAYA KITA LEBIH TERKAWAL.. PERNIAGAAN AKAN BERKEMBANG DENGAN BAIK



Artikel Terkait


EmoticonEmoticon