Friday, July 1

Nak mulakan bisnes sabun ? Baca ini dulu .


Sekali masak , boleh dapat 6 ke 10 ketul . Kita pakai seketul pun makan masa berminggu nak habiskan . Kena habiskan cepat sebab nak test resepi sabun yang lain . 

Makin lama makin bertimbun sabun extra padahal dah banyak gilerr bagi orang. Takkan nak stop ?! Ohh come on , best gilerr hobi ni , i'm just into it & feel addicted !

Tiba-tiba terfikir, apa kata kalau kita start jual sabun yang kita buat?

Persoalannya : adakah kita yakin & mampu menjual sabun homemade ?? Haha gelak kejap .

Ups , jangan salah faham . Ema pernah terfikir zaman sekarang orang boleh start menjual dengan apa sahaja barang since the world kat hujung jari kita (i mean internet & other technology) . Tapi , sebelum kita start berniaga sabun , cuba ambil masa fikirkan beberapa perkara berikut .


>>> Kenapa nak jual sabun ?

Nak jual sebab ramai orang cakap sabun kita bagus ? Atau sebab banyak extra , so kita nak jual ? Ke sebab kita jumpa satu formula sabun ajaib dan kita rasa ohsem sampai nak semua orang tahu pasal ni ? Mana satu sebab kita nak menjual sabun . Fikirkan .


>>> Kat mana nak menjual ?

Boleh ke kita start menjual kat tempat kerja atau kolej ? Atau nak jual online . Nak ke kita pergi pasaraya untuk tujuan menjual ? Atau lebih prefer buat katalog tentang bisnes sabun , ada dropship dan lain-lain ? Penting ni , kalau tak jangan berangan la nak meniaga sabun . Hehehee

>>> Bagaimana caranya ?
Adakah sabun kita ikut musim ? Atau ... ada tak diantara mereka kat luar sana yang akan order sekurang-kurangnya 10pcs dari kita ? Tak pun mungkin lebih kepada projek wedding gift . Daripada "bagaimana" ni lah akan membawa kita kepada "siapa" .


>>> Siapa orang yang akan membeli ?

Dulu Ema fikir semua orang akan beli ! Ups silap dah , better kita ada specific target customer . Contoh senario : kita buka booth kat kolej jual sabun . Sabun kita bau sedap tapi warna tak meriah . Pesaing kita jual sabun warna-warni , sabun berbentuk buah & kaler ikut jenis buah. Kau rasa student kolej akan pilih mana? Huhuu ... just my two cents .

>>> Ilmu bisnes apa yang kita ada ?
Walaupun kali pertama meniaga , merangkak macam baby , its ok babe ! Sekurang-kurangnya we do some readings sebelum terlibat dalam bidang ni . Melibatkan diri dalam bisnes perlukan komitmen yang sebenar . Kena tengok beberapa faktor lain sebelum decide nak menjual .

>>> Aliran tunai penting ke ?
Hah inilah tulang belakang sesebuah perniagaan ! Kita perlukan cash sepanjang tempoh berniaga . Yup ! Memangla boleh start dengan RM100 , tapi , kena faham konsep duit rolling . Baru dapat 100 pagi ni , petang dah habiskan . Duit jualan mestilah disimpan dalam akaun bisnes untuk generate lebih banyak tunai . Kita juga perlukannya disaat business kita makin maju .

* * * * * * * * * *

Kesimpulannya , fikirkan tentang semua persoalan tadi sebelum start meniaga . Its an incredible journey and yes kita boleh buat duit banyak kalau tahu caranya . The only limit is your imagination . Yang penting , sebelum bermula , makesure kita ada proper solid foundation so benda akan jadi lebih mudah di masa akan datang .


Good luck uolls :-)

Happy SOAPing 
Memang seronok tau buat sabun sendiri !!!

Info lanjut : EMA 0136483362

Artikel Terkait