Header Ads

TOMYAM POK TEK lulus Atkins !

(Tomyan Santan Seafood)

6 ekor udang
1 keping dory fillet (potong dadu)
*2 sb bawang holland
*2 ulas bawang putih
*2 sb hirisan serai
*2 hiris halia
*2 hiris lengkuas
*1/2 sb udang kering
1 keping asam keping
2 sb cili kering blend
3 sb santan
2 helai daun limau purut
3 biji cilipadi
Sayur (brokoli, bunga kobis, enoki @ ikut suka/fasa)
Garam
Stevia
Air secukupnya


Tumbuk bahan bertanda (*). Panaskan minyak, tumis bahan tadi beserta cili blend hingga pecah minyak, masukkan sedikit air, tumis lagi hingga agak garing. Masukkan air dan asam keping. Biar mendidih. Masukkan udang, dory, daun limau purut, cilipadi dan sayur. Masukkan santan dan perasakan. #fasa1234
*total +-12g nc, (tidak termasuk sayur) dapat 2-3 servings
*4g nc per serving (mangkuk kecil)

= gambar sebenar (bawah) mengikut resepi diatas =

Sumber : Buku Resepi Cik Bunga April

* KEMBALI KE KOLEKSI RESEPI
klik gambar dibawah
http://www.lubukseni.com/2016/06/resepi-diet-atkins.html

3 comments:

  1. tomyam ni semua orang boleh je na buat. antara sedap dengan tak jela. hehee

    ReplyDelete
  2. wau , teringat tomyam masakan ibu, memang sedap sungguh sampai licin kuah dihirup adik beradik. hehehe

    ReplyDelete
  3. menarik juga kan makanan atkin ni. cara buat pun takde la susah mana pun, asalkan rajin, semua pasti boleh ke arah kehidupan yang lebih sihat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.