Sunday, June 19

Tiga kaedah asas membuat sabun


Jika anda tak pernah tahu cara membuat sabun , entry ini amat sesuai untuk anda . Terdapat banyak cara untuk membuat sabun .  Namun , kat sini Ema terangkan secara asas 3 cara buat sabun iaitu :

(1) sabun melt and pour
(2) cold process soap
(3) hot process soap

Melt and pour satu kaedah paling senang untuk buat sabun . Anda perlu mendapatkan soap base , selalunya lebih dikenali sebagai sabun glycerin di Malaysia . Cara buat hanya potong sebanyak mana yang anda perlukan , leburkan selama 30 saat di dalam microwave , masukkan pewangi dan warna yang anda inginkan , masukkan kedalam acuan dan selepas dua jam , tadaaaa ! Sabun sudah siap ! Soap base ini datang dalam perbagai 'jenis' seperti shea butter soap base , white soap base , transparent dan banyak lagi . 

Cold process soap merupakan cara kedua buat sabun . Ia lebih merumitkan sebab anda buat sendiri soap base . Kelebihannya, anda boleh 'control' barangan yang dimasukkan kedalam sabun anda . Kalau melt and pour macam masak maggi mee (semua sudah siap) . Tetapi cold process ini macam buat mee goreng (kena masak sendiri) . Cold process soap ini dibuat dengan memggunakan lye/ sodium hydroxide, bes (bahan kimia) yang sangat kuat dimana ianya mempunyai ph 14 , yang akan dicampurkan dengan air dan minyak untuk buat sabun . Lepas sabun beku, kena tunggu 3 ke 4 minggu baru boleh guna sabun tu. Uhhh lama kan?

Hot process soap pulak lebih kurang cold process method. Cuma anda kena masak sabun dan opkos lebih rumit daripada buat cold process method . Tapi yang bestnya anda boleh menggunakan sabun ini serta merta selepas ianya keras . Harap-harap post ni dapat membantu terangkan cara basic membuat sabun .

Happy SOAPing 
Memang seronok tau buat sabun sendiri !!!

Info lanjut : EMA 0136483362

Artikel Terkait