Sunday, June 19

Apa patut buat ketika fasa 2, 3 dan 4 Diet Atkins?



FASA 2 : ONGOING WEIGHT LOSS
(SUSUT BERAT BADAN BERKURANGAN)

  • Tambah kacang , kemudian buah-buahan rendah karbohidrat , makan yogurt , keju segar , tomato dan limau nipis .
  • Meningkatkan pengambilan makanan berkarbohidrat secara berperingkat , daripada hanya memakan 20 gram sehari , di tambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram , 30 gram , 35 gram etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda .
  • Had toleransi karbohidrat anda ialah jumlah karbohidrat sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan .
  • Untuk atlit / yang bersukan , boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi kalau orang biasa 40-80 gram sehari . Ada yang bermetabolisme rendah pada tahap 24 gram sehari .


FASA 3 : PRE-MAINTENANCE
(PRA PENYELENGGARAAN)
  • Tambah buah-buahan yang lain , maka sayur-sayuran yang lebih tinggi karbohidrat , maka bijiran penuh : secara beransur-ansur meningkatkan pengambilan karbohidrat jika masih kehilangan berat badan .


FASA 4 : LIFETIME MAINTENANCE
(PENYELENGGARAAN SEUMUR HIDUP)
  • Untuk mengekalkan berat badan , anda perlu tahu berapa gram karbohidrat anda boleh makan setiap hari . Anda perlu belajar menentukan & mencari jumlah karbohidrat yang boleh diambil anda . 
  • Tetapkan pengambilan karbohidrat sesuai dengan tolenrasi badan anda terhadap karbohidrat .


PENTING : Jika anda hamil , dengan kebenaran doktor anda , boleh mengikuti Fasa 4 (Penyenggaraan Seumur Hidup) . Diet ini sangat ketat , rujuk doktor/ ahli gizi untuk nasihat yang tepat . Jika anda mengambil ubata-ubatan preskripsi tertentu seperti antidepresan , steroid , beta-blockers , ubat-ubatan diuretik untuk tekanan darah tinggi atau insulin , sila semak dengan doktor anda sebelum memulakan diets Atkins .


Artikel Terkait