Header Ads

Buat sendiri tau dulang hantaran kayu ni, daebakk!

Simple and nice kan gambar dulang hantaran Ema ??? 

Auchhh perasan . Memang suka style wooden cam ni . Entry ni lebih kepada cara buat la . Nak cakap detail memang dah lupa la sebab majlis Ema 1hb 1 awal tahun aritu . Gitu gini dah masuk 6 bulan iolls kawen tau ! HAHAAAA ...  

Ema gunakan papan playwood yang tebal 1 cm tu . Minta la tolong orang lelaki guna grant potong kayu ni . Kalau pakai gergaji , esok baru siap tau ! -__- huhuu ... Nasib baik lah bapak Ema ni tukang buat rumah . Memang dah ada semua peralatan , takyah beli baru .

p/s: Nak lagi cantik , potong kayu ikut urat kayu . Jangan jadi macam Ema tau ! Kayu sumpik/ ada certain alur kayu terkopak sikit (puncanya sebab potong tak ikut urat lah !)


Habuk kayu tu jangan buang ! Sapu & kumpulkan , kemudian letak kat pasu orkid . InsyaAllah habuk ni akan memerangkap air untuk tumbesaran pokok tersebut . Ilmu ni Ema dapat dari Mummy kami , dia sangat suka pokok dan seorang pencinta alam .

Nampak tak gergaji kecik tu ?? Power siott walaupun kecik ! Iolls beli kat GoShop . Gergaji tu ada pelbagai jenis mata , nak potong besi dan kaca seramik pun boleh .

Yang biru tu kita panggil apit-G . Biasanya bila potong kecik-kecik pakai grant , ada ukuran yang lari sikit . So , kita adjust balik guna gergaji power tadi . PENTING ! Buat draf dulu sebelum potong bagi mengelakkan pembaziran kayu .

Kikir sekali time ni , untuk elakkan terkena selumbar .

Ema guna gam tembak je . Seeloknya pakai paku kecil 2cm tu . Kalau ada lagi kecil lagi bagus . 

Buat petak macam ni .

Disebabkan ada 7 dulang , benda petak ni Ema kena sediakan sebanyak 14 petak . Maknanya setiap dulang perlukan dua petak . Faham ke setakat ni ? Hehehe

Untuk bahagian tapak, Ema pakai kertas board je . Heheheee ! Kalau nak dulang tu tahan sampai 10 tahun , tapak dia tukar kayu okke .  

60% almost completed !

Untuk camtumkan dua petak ni , Ema letak palang macam gambar kat bawah . 

Faham tak setakat ni ? Sorry la Ema ada tangkap gambar , tapi.... hmmm macam terdelete la step yg seterusnya . Huhuuu ... termasuklah gambar masa syelek kayu ni . Kahkah !

Progress : almost 90% siap ! 

Actually kayu ni nak syelek lawa , tak syelek pun lawa . Natural beauty gitu ... Ema suka dia punya warna naik sikit , sebab tu pilih untuk syelek . Nak tambah seri , gunakan kain alas dulang . 

Tadaaaaa ! 
Dah siap dah pun dulangnya .
Bajet keseluruhan 
tak termasuk kos masa + tenaga
......... ialah .......
RM 6 per dulang 
(RM 6 termasuk bunga & kain alas)
WAAHHH la WEYHH !!!
jimat banyak tau kalau buat sendiri !
Selamat mencuba !


Hah ! 
DENSO ada jual kayu siap potong . 
Tu je nak bagitahu , ok bye !

5 comments:

  1. nice info..bleh buat ni untuk majlis adik ipar nnt

    ReplyDelete
  2. Wow..jimat satu piring RM6 je? Kenapalah tak jumpa blog ni awal-awal dulu :(

    ReplyDelete
  3. mak oi murah nya, kena tengok selalu blog ni, banyak info menarik

    ReplyDelete
  4. menarik hasil kerja camni, macam macam boleh jadi bila tangan kreatif

    ReplyDelete
  5. alahai suka nya, comel je tengok bila dah siap.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.