Tuesday, June 14

Perkara DO n DON'T sewaktu fasa pertama Atkins


❤️ Penerangan ringkas Diet Atkins ❤️
  1. Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. 
  2. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). 
  3. Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak

❤️ Dilarang makan Semasa induksi (Fasa 1): ❤️
  1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
  2. Semua jenis roti/bijirin, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Semua jenis buah-buahan @ jus
  5. Semua jenis minuman bergula, milo, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc)
  6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  9. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak merah.
  11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  13. Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.
  14. Mana-mana makanan yang dibuat dengan gula tambahan dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada pastri, biskut, kek, dan gula-gula
  15. Alkohol dalam apa jua bentuk

❤️ Boleh dimakan: ❤️
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, udang, ketam- (sotong, tiram dan kupang adalah lebih tinggi karbohidrat, hadkan pengambilan)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun & rumpai laut.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral, air RO - minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang.(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Minyak sawit, olive oil & sebagainya.
  11. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  12. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
  13. Kerang & Mayonis dibenarkan dalam jumlah yang sedikit.
  14. Kopi (kafein atau kopi bebas kafein, panas atau ais) dan espresso - satu atau dua cawan(tanpa gula)
  15. Diet coke, coke light(tanpa gula) - tidak digalakkan.
  16. Pemanis tiruan @ semula jadi hadkan 3 hidangan sehari.
  17. Herba - semua herba segar dan sedikit herba kering - contohnya selasih, daun salam, daun bawang, daun ketumbar, oregano, rosemary, thyme, dan lain-lain
  18. Rempah - rempah seperti garam, saderi, lada cili, serbuk cili, ketumbar, jintan putih, serbuk kari, bawang putih, halia,paprika, kepingan lada merah ,Elakkan campuran rempah yang mengandungi gula atau tepung tambahan
  19. Avocado, buah zaitun, kacang panjang, bendi & tomato(hadkan pengambilan)
  20. Limau(limit 2 sudu perahan limau sehari)
  21. Mana-mana sos bersedia tanpa gula tambahan dan tidak lebih daripada 2 gram karbohidrat setiap hidangan (1-2 sudu besar) boleh diterima. Atau membuat anda sendiri.

❤️ Syarat-syarat Induksi: ❤️
  • Minum 8 – 10 gelas sehari, jika anda masih dahaga, anda perlu minum dengan lebih banyak. Keperluan air bergantung kepada berat badan, cuaca & aktiviti anda. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air(Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam Sebelum jam 8.00malam atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Jangan makan lebih dari 20gram karbohidrat sehari. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
  • Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah .Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi @ pasaraya besar.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.Berhati hati ketika makan di kedai, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan multi vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, tidak digalakkan)
  • Pastikan 12 hingga 15 gram karbohidrat adalah dari sumbur sayur sayuran


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon