Friday, June 17

Cara buat sabun sarang lebah penuh madu



Sekarang Ema nak kongsi cara buat sabun madu dan beeswax menggunakan soap base . Kaedah ini adalah bagi yang belum mahir membuat sabun lagi dan ianya sangat senang untuk dibuat . 

Kita tak perlu menggunakan lye/ sodium hydroxide untuk kaedah ini jadi ianya tidak berbahaya jika dibuat di rumah . Boleh buat sabun dengan kanak-kanak juga . Cuma berhati-hati kerana sabun agak panas . Takut tertumpah atau terkena kulit .

Difficulty : Beginner
Masa : 15-30 minit
Mesra kanak-kanak : Ya


Bahan-Bahan :

Honey soap Base (bergantung pada saiz acuan)
Acuan sabun
Minyak pewangi/ minyak terapi (ikut suka)
Beeswax (1/5 daripada berat sabun)


Cara membuatnya :
  • Sediakan soap base anda. didalam tutorial ini setiap buku sabun adalah 120g.
  • Potong bubblewrap mengikut bawah acuan
  • Cairkan beeswax
  • Masukkan beeswax kedalam acuan. Biarkannya menyejuk. Beeswax ini kita mahunya sangat nipis.
  • Selepas 15 minit, panaskan soap base. Anda boleh menggunakan microwave (15-30 swat) ataupun double boiler untuk meleburkan soap base.
  • Masukkan Fragrance/ Essential Oil. Pastikan ianya sesuai untuk kulit. Semua pewangi yang terdapat di soaplab adalah sesuai untuk digunakkan di atas kulit.
  • Campur menggunakan sudu
  • Asingkan soap base kepada dua bahagian . Separuh letak 1/2 sudu pewarna , lagi separuh biarkan tanpa warna .
  • Masukkan soap base ke dal am acuan.
  • Biarkan di tempat berangin selama 1-2 jam untuk mengeras.
  • Siap! Anda boleh menggunakan sabun anda sekarang:-)


Happy SOAPing 
Memang seronok tau buat sabun sendiri !!!

Info lanjut : EMA 0136483362

Artikel Terkait