Thursday, June 23

Susunan butang pelbagai bentuk jadi hiasan dinding.



Dinding rumah akan tambah seri kalau kita tahu cara nak menghias . Ada orang pilih nak letak frame gambar , kadang gambar muka sendiri, kadang gambar pemandangan dan sebagainya .

Kita juga boleh ber-DIY membuat hiasan dinding . Salah satu hiasan adalah pokok butang . Bahan yang diperlukan juga senang dicari , hanya perlukan butang dalam kuantiti yang banyak . Bahan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

LAKARAN POKOK
BUTANG YANG BANYAK ,
ALATAN MENJAHIT (jika perlu) , 
DAWAI HALUS (jika perlu) ,
PEMOTONG DAWAI (jika perlu) ,
KAIN atau KAD BOARD
YANG DIJADIKAN TAPAK 
dan GAM .


 Pokok butang ni senang je nak buat , ada beberapa cara juga . Yang pertama , menjahit setiap butang pada kain yang dijadikan tapak (yang ni leceh sikit la). Gambar bawah ni dia potong kain dan jahit atas satu kain yang lain .


Cara seterusnya hanya gam dan tampal je . Senang kan ?!


Kat bawah ni , ada beberapa contoh design pokok butang yang dah siap . Harap uolls dapat idea la . Selamat mencuba ya ! Boleh jual kalau dah expert , hehehee...


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon