Saturday, June 25

Cara buat sabun pelembut badan (mentega almond)


Cara gunakan mentega badan ini , kita sapu dan urut ke badan selepas bersabun (kiranya dalam keadaan kita masih mandi dan dalam bilik air) . Lepas tu , tunggu sekejap sementara shea butter dan cocoa butter (bahan utama mentega badan) ini lembutkan kulit uols. Akhir sekali bilas dengan air . 

Mentega badan ni macam conditioner untuk mendapatkan kulit yang lembut , cantik dan gebu .

Untuk membuatnya , uols perlukan bahan berikut :

100g Refined Shea Butter
100g Refined Cocoa Butter
100g Beeswax
Pewangi Almond Madu Honey (jika perlu)
100g Almond dan beras (kisar jadikan serbuk)
Bekas sabun (corak ikut suka)
1. Cairkan semua butter dan beeswax menggunakan slow cooker atau double boiler . Jangan menggunakan microwave kerana beeswax boleh meletup (pernah terjadi!)
2. Selepas dicairkan , masukkan serbuk nasi dan almond . Pastikan bekas betul-betul kering sebelum kita masukkannya kedalam bekas .
3. Masukkan semua bahan yang telah digabungkan tadi kedalam peti ais untuk mengeras lebih cepat . Step ini juga diperlukan supaya serbuk tadi lebih sebati dengan mentega .
4. Selepas 10 min di dalam peti ais , butter akan mengeras sedikit . Pada masa ini masukkan ke dalam bekas sabun pilihan anda
5. Keluarkan dari bekas selepas ia mengeras dan boles terus guna! Sangat lembut bila letakkan keatas badan , enjoy ...

Happy SOAPing 
Memang seronok tau buat sabun sendiri !!!

Info lanjut : EMA 0136483362

Artikel Terkait