Monday, June 27

Cara buat sabun menggunakan susu badan ibu


Hai ibu-ibu semua ! Ramai tau sebenarnya para ibu yang request nak belajar buat sabun guna susu badan mereka . Sebelum start buat , kita kena take note beberapa perkara seperti :

  • Buat sabun susu ibu memang bagus , tetapi kita kena faham bahawa lebih bagus kalau kita donate kepada baby pramatang . Sebab , ibu diorang selalunya belum cukup masa nak produce susu badan . Jadi , pastikan susu tu dah expired & tak boleh diberi kepada baby barulah kita pilih untuk buat sabun . Faham ke ? 
  • Makesure tempat buat sabun kita jauh daripada kanak-kanak & haiwan peliharaan . 
  • Letak suratkhabar incase lye/NaOH tadi merecik . 
  • Ohya , sangat penting untuk pakai sarung tangan .
  • Sabun susu ibu sangat sesuai untuk kulit sensitif . Tutorial ni sesuai untuk yang belum pernah membuat sabun melalui "cold process method"


Pertama sekali , sediakan bahan-bahan yang diperlukan . Ema ada jual kit lengkap untuk buat sabun jenis ni , semua dah disediakan . Kita cuma perlu sediakan pemukul telur , mangkuk , timbang digital dan tentu sekali kita punya susu . Hahahahaaa ! 


Apa yang kita perlu buat , ikut je sukatan bahan-bahan anda mengikut resipi yang dilampirkan dalam kit tadi tu .
 

Sukat kuantiti susu yang akan digunakan . Untuk susu , dinasihatkan untuk membekukan susu terlebih dahulu . Sebabnya apabila lye bercampur dengan cecair , ia menjadi sangat sangat panas , boleh mencecah 100 darjah ! Elok-elok jadi sabun kanggg jadi gulai susu pulak ! Hahahaa ... Susu yang dah beku tadi , masukkan lye secara perlahan-lahan . Seeloknya standby termometer , pastikan tidak melebihi 40 darjah.
 
 
Tuangkan susu+lye tadi ke dalam campuran minyak yang disukat lebih awal.
Gunakan pemukul telur (jika guna tangan akan mengambil masa yang lama) . Nak cepat guna pengisar tangan & buat putaran secara konsisten .

Kacau sampai dia jadi lekit (macam sos thaousand island , hehehee) Bila nampak macam puding tu , maknanya minyak dan air telah sebati . Sekarang , kita boleh tuangkan sabun tersebut ke dalam acuan yang disediakan .
Mampatkan sabun tadi , ketuk-ketukkan sikit . Nak comel , buat pusaran kat bahagian atas guna sudu .
 Keluarkan dari bekas selepas 24 jam dan potong besar ikut suka lahh . Biarkan selama 3-4 minggu untuk menjadi keras , dan here we go ! Sabun sedia untuk digunakan!

Kit sabun susu ibu ni Ema jual pada harga RM 65 setiap satu set (boleh buat dua kali : kira-kira 6-7 bar sabun sekali buat) Berminat boleh call ema 0136483362 ya . TQ


Happy SOAPing 
Memang seronok tau buat sabun sendiri !!!

Info lanjut : EMA 0136483362

Artikel Terkait