Header Ads

BEEF PATTIES lulus Atkins

Ni resepi beef patties yang simple
Jangan makan process food .
Homemadekan ajer ...

Daging lembu (tak ada urat dan lemak) - 300g/lbh
Bawang kecik - 1 biji
Bawang putih - 2 biji
Lada hitam - 1 sudu kecik (tumbuk)
Mix herb @ Italian herb - 1 sudu kecik
Kuning telur - 1 biji
Serbuk cili - 1 sudu (optinal)
Dried parsley- 1 sudu kecik (optional)
Garam - 1 sudu kecik


1. Kisar halus daging dengan bawang kecik & garlic dengan blender kering or FP
2. Dah lumat, keluarkan & bubuh dalam mangkuk .
3. Bubuh pulak kuning telur , serbuk cili , serbuk
lada hitam , dried parsley , mix herb @ Italian herb & garam . Gaul sebati .
4. Basahkan tangan , amik sekepal adunan,bulat & leperkan
5. Buat banyak-banyak , alaskan dengan plastik yang dipotong melebihi sikit dari saiz kepingan daging
6. Ulang & susun patties dalam satu bekas
7. Simpan semalaman dalam peti beku supaya masa goreng/ baked daging tak berkecai
8. Kalau nak buat meatball , bulat-bulatkan dan rebus kejap . Pastu baru goreng atau nak bubuh cheese pun boleh .

Nota: jangan lebih guna spices , nanti hilang rasa ori daging

= gambar sebenar (bawah) mengikut resepi diatas =




Sumber : Buku Resepi Cik Bunga April

6 comments:

  1. inilah sebenarnya RAHSIA KEJAYAAN diet atkins, korangg patut cuba resepi ni, memang terbaik! dan boleh kurus cepat sebab kurang karbohidrat

    ReplyDelete
  2. menarik juga kan makanan atkin ni. cara buat pun takde la susah mana pun, asalkan rajin, semua pasti boleh ke arah kehidupan yang lebih sihat

    ReplyDelete
  3. bila ada resepi macam ni, barulah comfirm lulus diet

    ReplyDelete

Powered by Blogger.