Header Ads

AYAM GRILL NASI KURUS VEGE lulus Atkins !



Bahan-bahan Ayam Grill
- 2 ketol bahagian dada ayam .
- Lada Hitam
- Minyak zaitun

Perap ayam dengan lada hitam dan minyak zaitun selama 1 jam dan grill kan sehingga ayam masak.


Bahan-bahan Nasi Kurus Vege
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit bawang besar
- 1 cawan Cauliflower @ sayuran lain
- 1/2 peket Nasi Kurus (konjac food)
- 1 biji telur
- Serbuk Lada Merah@Cili potong untuk rasa pedas
- Lada Hitam & Garam sebagai perasa
- Sedikit Minyak

Hiris halus bawang putih & bawang besar. Tumiskan. Pecahkan telur dan masukkan Cauli. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Masukkan Nasi kurus. Goreng sehingga sayur lembut. Tabur serbuk lada merah atau cili potong untuk rasa pedas.

= gambar sebenar (bawah) mengikut resepi diatas =


Sumber : Buku Resepi Cik Bunga April
***** TEKAN GAMBAR DIBAWAH
untuk kembali ke KOLEKSI RESEPI
.

6 comments:

  1. inilah sebenarnya RAHSIA KEJAYAAN diet atkins, korangg patut cuba resepi ni, memang terbaik! dan boleh kurus cepat sebab kurang karbohidrat

    ReplyDelete
  2. menarik juga kan makanan atkin ni. cara buat pun takde la susah mana pun, asalkan rajin, semua pasti boleh ke arah kehidupan yang lebih sihat

    ReplyDelete
  3. bila ada resepi macam ni, barulah comfirm lulus diet

    ReplyDelete

Powered by Blogger.