Header Ads

Awas Paedophilia , lindungi anak anda !!!


Paedophilia atau paedophile , adalah satu spesis manusia yang rare . Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted . Rasa STIM . Scary kan? Scary gila .

Sebenarnya kat Malaysia ni , ada golongan pedophile ini . Memang ada dan memang wujud . Cuma , kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis . Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana , "Apa itu pedophilia?" 80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa. -______- huhuuuu sedih !

Most of us tak aware pasal ni . Dan bila tak aware , kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak , kes budak hilang , pergi playground tak balik-balik , kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard , kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal , kes cikgu sekolah rendah perkosa murid , kes bayi diliwat , etc . Bila baca kes-kes macam ni , kita sedih tapi KITA TAK FAHAM . Tak faham how can all this happen . Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai . Kerja asyik nak attack budak je . Itulah dia-- PEDOPHILES .

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids . Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids , tak macam orang-orang normal yang lain . Scary kan ? Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu . That's it ! So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang.

Ibu bapa lah yang kena main PERANAN PENTING . Kalau bukan mak bapak siapa lagi ? Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile . Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile. -______- Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people . Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar . Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya .

Tapi apa yang kita boleh buat ialah , MINIMIZE THE RISK . Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita . Contoh paling mudah , SOCIAL MEDIA . FIKIR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media . Ye saya tahu anak awak comel . Telanjang pun comel . Semua anak pun comel . Kan ? Tapi jaga privasi mereka . Anak lelaki mahupun anak perempuan . Jaga . Gambar mandi , gambar tak pakai baju , gambar pakai skirt pendek , gambar terkangkang , gambar tengah change diapers , gambar anak pakai swimming suit , gambar bontot anak , those photos are high-risk photos!

Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu . Lagi comel lagi geram . "Ahhh lantak ahhh . Ni kan anak aku . Facebook aku . Instagram aku . Aku punya suka ahh !! Comel kot gambar anak aku tengah mandi . Lagipun FB aku friends tak ramai . Ada family members dan close friends je ." Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR , boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA . Yes , anak-anak bagi kita mungkin comel , adorable like hell . But to pedophiles - They get SEXUALLY AROUSED .

Ada beza kan antara comel dengan sexually attractive ? Kan ? Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan , ada jugak pedophiles yang senyap-senyap . Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu , and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos . Sounds insane kan ? Tapi possible . Sumpah possible . Dan ingat , walau se-private mana pun social media kita , it still can be access by public in so many ways . Nothing is private when it is ONLINE .

"Ahhh merepek ! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku , takde apa-apa jadi pun!" So kau nak tunggu anak kau hilang dulu , kena culik dulu , kena bunuh dulu , baru nak stop publish la ? Hmm ? Act now . Mencegah lebih baik dari merawat . Kan ?


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 
These are 12 safety rules that parents are encouraged to follow ,
to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih .

  • 1) Never post photos of kids yang tak appropriate . Contohnya tengah mandi , tak pakai baju , tengah tidur terkangkang , pakai skirt pendek , etc . Anak lelaki atau perempuan . Both kena jaga!
  • 2) Never expose specifically lokasi sekolah anak , rumah babysitter anak , tempat anak main , etc . 
  • 3) Never post status yang macam , "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu . Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang ." Atau , "Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana . Cepat balik tau ! Mama nak masak ni ." NEVER . 
  • 4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi . Playground , rumah kawan , kedai , atau ke mana saje . Yes , anak kita mungkin dah boleh berdikari , tahu jalan balik apa semua . But remember , pedophiles are everywhere . 
  • 5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja , terutama lelaki . Tak kisah dalam apa jua keadaan , dengan sesiapa saje . Kalau boleh , AVOID . Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam". 
  • 6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu . Observe kelakuan anak , kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa . 
  • 7) Alert dengan perangai anak . Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan . There must be something yang ganggu fikiran dia . 
  • 8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang , tengok atau "tersentuh" their private part . 
  • 9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa) . Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult . 
  • 10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum . Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri . Jangan ditayang-tayang sangat . Peha nak tayang , bontot nak tayang , ketiak nak tayang . NO! 
  • 11) Respect your kids privacy . Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy , hormati kehendak mereka . 
  • 12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile , atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile , terus call ChildLine 15999 . Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan . 

A Please parents .

We are currently living in an era yang langsung takde barrier . Langsung takde sekatan . Bila takde barrier takde sekatan , hence takde keselamatan . Pandai-pandai jaga diri . Pandai- pandai jaga anak sendiri .

Pedophiles are everywhere . Pedophiles can be anyone . U don't say these people dont exist . They do . Dan RAMAI sebenarnya . Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka. Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles . Kan ?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia . Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang . And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat . Satu , sebab kids senang . Lemah dan tak mampu melawan . Dua , free . Na'uzubillahi min zalik .

Jom sama-sama kita tengok balik gambar- gambar anak yang kita pernah post dulu . Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk , DELETE je . Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah .

Ye betul , kalau Allah tak izin , takkan jadi . Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi , ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri . Esok-esok kita kena soal , tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri . Mintak jauh .


Cc : Adlil Rajiah

p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan . Lindungi hak anak-anak . Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya .

1 comment:

Powered by Blogger.