Thursday, June 16

Perkara paling penting bila buat sabun sejuk beku


Cara buat sabun ada dua jenis (paling umum) iaitu :

  • sejuk beku atau Cold Process (CP) Soap
  • cairkan sebelum dituang atau Melt n Pour Soap

First time buat sabun , Ema tertanya-tanya apa nak buat? So , berikut merupakan perkara paling asas kita patut tahu bila membuat sabun kali pertama .

<<< Bahan-bahan >>>

1) Lye/sodium hydroxide/Naoh/Caustic soda
Note: Kita takkan boleh buat sabun tanpa benda ni . Lye agak bahaya kerana ia bersifat alkali tinggi dan sangat "tajam" , which mean akan menyebabkan kulit melecur jika tidak di-handle dengan baik . Kalau taknak gunakan lye , kita perlukan soap-base untuk terus buat Melt n Pour Soap .

2) Minyak dan mentega
Note: Kita boleh pilih mana-mana minyak , tetapi Ema galakkan guna minyak zaitun atau minyak kelapa . Kita kena kuasai seni membuat sabun terlebih dahulu sebelum lebih banyak duit dilaburkan untuk membeli minyak yang lebih "advance".

3) Air atau susu
Note: Seeloknya kita gunakan air/susu terlebih dahulu dengan cara letakkan dalam satu bekas . Kemudian masukkan sedikit demi sedikit lye . Tak perlu panaskan air/susu sebab lye yang bertindak balas akan memanaskan air/susu . Meletakkan sekaligus akan menyebabkan susu hangit .

4) Pewangi atau minyak pati
Note: Gunakan minyak yang sesuai dan selamat untuk kulit . Kaji dan faham fungsi minyak tertentu untuk rawatan kulit . Kulit biasa dan kulit sensitif menggunakan minyak yang berbeza . Ada juga minyak untuk buat lilin (tak sesuai pada kulit) so hati-hati lah ye !

5) Pewarna
Note: Gunakan pewarna yang selamat ! Boleh juga guna pewarna untuk buat kek .


<<< Peralatan >>>

1) Mangkuk (untuk mixing)
Note: Jangan gunakan jenis mangkuk atau pengacau daripada alluminium . Lye/NaOH yang bertindak balas akan menyebabkan benda alluminium tadi berubah warna (macam karat sikit) . Malah lebih teruk akan menjadikan sabun kita menjadi warna gelap .

2) Pemukul telur/ pengisar (jenis pemegang)
Note: Jika anda buat sabun dalam kuantiti yang banyak (bila hobi bertukar kepada bisnes, perlukan lebih banyak sabun) maka Ema galakkan anda labur duit beli handblender ! Sebab tangan akan cakap thank you ! Lenguhh na mati weyh. Ahaaa..

3) Tuala dan surat khabar lama

4) Thermometer (jika perlu)

5) Kertas pH (jika perlu)

6) Sudu untuk pengacau

7) Bekas acuan untuk sabun
Note: Kita boleh gunakan acuan buat jeli cuma ianya kurang praktikal . Sabun bersaiz kecil lebih cepat mencair berbanding saiz standard seketul sabun .


Jadi , inilah perkara asas buat sabun yang kita patut tahu . Kalau ada sebarang pertanyaan , tanya je Ema wasap.my/60136483362 , usah malu jangan segan , kita sama-sama belajar ya !


Happy SOAPing 
Memang seronok tau buat sabun sendiri !!!

Info lanjut : EMA 0136483362

Artikel Terkait