Saturday, June 4

Aduhh peningg pulak kepala tengok gambar² ni. Hmm

Tau tak yang sebenarnya otak kita sangat senang ditipu sebab kita hanya akan percaya apa yang kita lihat. Betul ? Kalau tak kenapa wujudnya silapmata (magic)? Ever wonder how does it work ?

Penglihatan kita berfungsi apabila object yang dilihat melalui retina dan kemudiannya akan dihantar terus kepada otak untuk diproses menjadi maklumat. Setiap sudut, bayang, atau warna yang dilihat ini lah yang akan menjadi clues untuk diproses oleh otak supaya kita paham setiap apa yang kita lihat.

But sure there is a limit in the vision of our eyes. Why? Jadi bila kata ilusi atau magic tu bukan lah sebab ada kuasa megatron atau kuasa ninja kage no butsu yang tersembunyi tapi ia adalah disebabkan oleh kelemahan/kekeliruan otak untuk memproses maklumat yang dihantar oleh mata yang melihat. 
_______________________________________________________________________________

Apa benda pertama yang terlintas di kepala korang bila tengok gambar ni? Yes. Ada dua kotak dengan warna yang berbeza. Tapi percaya atau tidak, sebenarnya dua kotak ini mempunyai warna yang SAMA !! Hahahah tak percaya ? Cuba letak jari di tengah2 kotak and you will see...
Cornsweet Illusian ini telah mewujudkan satu perbezaan warna apabila sudut objek tersebut diletakkan dua warna yang berbeza.
_______________________________________________________________________________

Bukan sekadar bulatan kecil yang biasa. Cuba julingkan mata korang and you will see what you wanna see.
Jeng jeng jeng...
_______________________________________________________________________________

Cuba pandang kat hidung perempuan ni selama 10 saat, lepas tu kelip mata laju2 sambil pandang kat bahagian yang terang. Nanti korang akan nampak muka dia bewarna..
_______________________________________________________________________________

Bila tengok gambar dekat bawah ni, bulatan oren yang mana lagi besar ?
Surely on your right side isn't ?
But surprisingly, kedua 2 bulatan oren tersebut mempunyai saiz yang sama !! hahahahahahah kena tipu..
'The Ebbinghaus Illusion' ini sebenarnya telah berjaya mengubah konsep saiz secara mata kasarnya. Apabila bulatan oren dikelilingi oleh bulatan biru yang bersaiz lebih besar, secara tak lansung akan membuatkan bulatan oren ini kelihatan lebih kecil dari saiz yang sebenar.
_______________________________________________________________________________

Okay next, cuba pandang titik kuning lepas tu dekatkan kepala korang dengan screen and you will see that pink rings rotate hehehe.
'The Pinna-Brelstaff' pula terjadi apabila berlakunya kelemahan dalam peripheral vision (pandangan sisi yg kita akan nampak apabila mata kita pandang ke depan).
_______________________________________________________________________________

Perhatikan cahaya di tengah gambar dibawah sambil perlahan2 merapatkan kepala korang ke arah screen dan korang akan lihat cahaya tu semakin membesar.
Ilusi ini dinamakan Luminance-Gradient Effect oleh Alan Stubbs dari University of Maine.
_______________________________________________________________________________

Bila tengok gambar kat bawah ni, tak kisah lah korang pandang kat mana pun tetap akan nampak titik putih dulu lepas tu baru lah nampak titik hitam dari peripheral vision (pandangan sisi).
Try catch one black dot if you can.
Hahahahahahah ngko pandanglah lah gambar ni sampai berjanggut sekalipun, memang takkan boleh korang dapat pandang terus ke titik hitam. Kalau nak tau, ilusi ini dinamakan 'Scintillating Grid Illusion' dimana terjadi apabila warna yang terlalu kontra pada peripheral vision (pandangan sisi) telah menyebabkan photoreceptive cell (sel yang menukarkan cahaya kepada isyarat yang meransang otak atau proses biologi) telah menjadi konfius sehingga menyebabkan terhasilnya titik yang tidak sepatutnya wujud.
_______________________________________________________________________________

Okay next, Psychedelic Illusion yang juga dikenali sebagai 'Motion Aftereffects' yang mana akan menyebabkan setiap gambar yang dilihat seakan bergerak sedangkan ianya hanyalah lukisan semata-mata !




Okay Lisa dah pening sampai rasa nak muntah ni. Serious.
_______________________________________________________________________________

Gambar kabur kat bawah ni macam muka mamat hensem kan. Boleh bayangkan  tak ?
Tau tak yang sebenarnya ni gambar dua orang yang nak comolot hahahahahahah kena tipu lagi !
_______________________________________________________________________________

Cuba hayati gambar aweks kat bawah ni. Seem like nothing is wrong isn't but sure it is !
Can you spot anything strange with these ladies ?
Ni yang berlaku bila gambar tersebut diterbalikkan. Eiuuwwwwww its creepy now...
_______________________________________________________________________________

Apa yang korang lihat ? Kotak hitam putih yang disusun senget kan. Betul ?
Pada mulanya, kita tidak dapat mengesan garisan kelabu tersebut kerana mata kita lebih tertumpu kepada kotak hitam dan putih yang disusun secara senget dan tidak teratur sehingga menyebabkan ilusi curam ini terhasil. Garisan kelabu tersebut kelihatan curam sedangkan ia sememangnya garisan lurus yang selari.
_______________________________________________________________________________

Lingkaran dibawah ni kelihatan sangat sempurna sebijik macam lingkaran ubat nyamuk kan?
Tapi tahu tak yang sebenarnya ia adalah bulatan yang tidak bersambung hmmm...
_______________________________________________________________________________

Thanks for reading (:

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon