Saturday, June 25

Anda ber-Atkins ? Yakin 11 tips ini !


1. Hati-hati dengan makanan dikedai , contohnya :
  • sate (ada gula)
  • ayam golek (ada madu)
  • sup , tomyam (gula or rempah)
  • rempah-rempah yang anda guna untuk memasak , pastikan anda tahu jumlah carbnya . Banyak yang dilihat di pasaraya yang carbnya tinggi
  • serbuk cili (beli yang ori , blender sendiri)
  • Kalau ragu-ragu , JANGAN MAKAN !

2. Cheat sket... rasa je.. (tak boleh!)
  • tak boleh ... Tolonglah jangan degil !
  • kerana ia akan membuat anda hilang ketosis
  • ketosis akan berlaku selepas gula dalam darah tiada. Biasanya mengambil masa lebih 2 hari
  • jika cheat sehari , bermakna ada telah rugi sebanyak 3 hari . Sayangkan ?? Sehari = 3 hari .

3. Pastikan anda cukup makan
  • badan memerlukan tenaga untuk pecahkan lemak-lemak anda . Apabila kurang makan , akan menyebabkan metabolisma menurun . Kalau turun pun , bukan sebab lemak yang hilang tetapi sebab tak cukup makan .
  • tidak perlu elak makanan berminyak , goreng macam biasa . Jangan asyik rebus or kukus je kerana fat diperlukan sebagai sumber tenaga untuk memecahkan lemak dalam badan
  • diet cara atkins bukan diet berlapar

4. Senaman ringkas
  • senaman bersesuai dengan berat badan anda , bagi yang terlalu obes , atau masih obes ... sentiasa bergerak sudah memadai .
  • makan protein kena ada . Jangan makan sayur sahaja semata-mata . Berat tak turun juga .
  • banyakkan aktivi berjalan untuk kekalkan metabolisma .
  • konsistenkan senaman walaupun sedikit , yang penting konsisten .
  • fokus pada diet adalah paling penting , senaman ketika gemok buat cara gemok , cukup dengan senaman yang buat anda bergerak . Fokus satu-satu , supaya mental anda kuat . Dah hampir bmi , boleh buat senaman anda suka . Ingat ! Pemakanan sangat penting untuk lost weight .
  • "Kita boleh turunkan berat badan dengan hanya menjaga pemakanan , kita boleh turunkan berat dengan menjaga pemakanan & bersenam . Tapi kita tak boleh turunkan berat badan dengan hanya senaman tanpa menjaga pemakanan."
  • Jangan tamak , bak kata pepatah melayu "Yang dikejar tak dapat ,yang dikendong berciciran"

5. Paksa diri minum air
  • fungsi air juga mengekalkan metabolisma
  • mengawal paras asid urid
  • membuang toksin dalam badan
  • minum air sekurang kurangnya 4 liter sehari

6. Keyakinan
  • yakin pada diri sendiri
  • jangan takut beli baju kecil atau seluar kecil . Anda kena yakin anda boleh memakainya satu hari nanti
  • jangan stress kalau berat tak turun . Cuba ubah menu , cara pemakanan , waktu makan selagi anda yakin boleh , pasti boleh ...

7. Mulut masyarakat
  • abaikan kata-kata sindiran
  • buktikan anda boleh berjaya (jadikan pembakar semangat)
  • fikirkan diri sendiri , bukan org lain . Ini kerana kita nak menanggung berat obesiti kita , bukan mereka

8. Alat bantuan
  • penimbang wajib ada ! Supaya setiap penurunan buat kita lebih semangat , selain tu untuk elakkan kita terkantoi . Kalau berat naik , cuba ubah menu . Kalau berat turun , cuba kekalkan menu dan kuantiti selagi anda mampu .
  • cermin kena ada supaya anda tak lupa diri . cermin diri sendiri sebab anda tu dah lah gemuk . Hehhehehe... Cermin diri sendiri hari-hari supaya anda tidak termakan pujian dan kata-kata orang yang mengatakan anda dah kurus atau comel ... Comel tu sebenarnya gemuk , hahaha !
  • botol air supaya senang nak target berapa liter anda minum . Contoh 1 hari wajib habiskan 3 botol 1.5 Liter .

9. Nutrisi tambahan
  • makan multivitamin jika mampu

10. Gaya hidup
  • pastikan tidur yang cukup
  • sarapan diambil seawal yang boleh (waktu badan kita paling effective bekerja)
  • makan sebelum jam 8 malam lebih kurang 4 jam sebelum tidur bagi yang bekerja shift
  • kurangkan stress

11. Rujukan
  • pastikan ada merujuk pada sumber yang telah terbukti pada tuan punya diri . Contohnya : http://taknakgemuk.blogspot.com atau cari geng nak kurus , paling senang nak cari kat page bebudak Atkins .
  • jangan cuba campur aduk sumber , boleh jadi hancus lebur berderai menangis tak berlagu sebab kepeningan sedang melanda . Hahahaa !
  • Doing Something Is Always Better Than Doing Nothing


GOOD LUCK!!

Artikel Terkait

1 Luahan Hati so far


EmoticonEmoticon