Header Ads

Ambergris : wangian kesukaan Rasulullah SAW

Ingin Wangi Seperti Rasul SAW ?
Gunakan Ambergis , Parfum Mahal Kesukaan Rasulullah SAW
.
.
.
Pada suatu hari , sebuah akhbar ABC News melaporkan seorang budak bertuah bernama Charlie Naysmith berusia 8 tahun terjumpa sebongkah batu mirip seperti lilin . Ketika itu Charlie bersama ayah dan anjing mereka sedang berjalan di Pantai Dorset, England . Rupa-rupanya batu tersebut adalah ambergris dengan berat 0.45 kilogram bernilai 6500 dolar Amerika , iaitu nilainya lebih RM 25 RIBU .


.
.
.
Seorang lelaki British bertuah , Ken Wilman bergambar dengan ambergris yang ditemuinya ketika berjalan-jalan di tepi pantai Morecambe barat laut England . Dia menggelarkan ambergris tersebut sebagai "emas yang terapung " . Pada mulanya dia ingin menjualnya pada harga 65,625 Dolar Amerika (RM 270,000.00)  tetapi akhirnya menerima tawaran sebanyak 50,000 euros (RM 230,000.00) oleh pembeli dari Perancis .




Mengapa AMBERGRIS sangat mahal ??? 

Ambergris atau dalam bahasa Arab disebut "anbar" mempunyai peranan penting dalam industri pembuatan minyak wangi world class dan perkara ini telah berlaku selama beribu-ribu tahun lamanya .


Rasulullah SAW pun pernah memakai minyak wangi yang diperbuat daripada ambergris sebagaimana tercatat dalam hadis riwayat An-Nasa'i:

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَطَيَّبُ قَالَتْ نَعَمْ بِذِكَارَةِ الطِّيبِ الْمِسْكِ وَالْعَنْبَرِ

Dari Muhammad bin Ali ia berkata, "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah,' Apakah Rasulullah SAW memakai parfum? Dia menjawab, "Ya! dengan minyak wangi misk dan 'anbar. "

Dalam hadis lain Rasulullah SAW juga ada menyebut minyak wangi sebagai kesenangan dunia ,

"Kesenangan duniawi yang ku sukai adalah wanita dan minyak wangi. Dan dijadikan kesejukan mataku di dalam solat. " (H.R. An-Nasa'i)

Ambergris adalah minyak terbaik selepas minyak kasturi , ia mampu menghasilkan wangi khas yang disukai manusia. Pada zaman Nabi , minyak wangi daripada ambergris telahpun dikenali sebagai barangan mewah .




"Satu titis ambergris boleh merubah sebuah parfum." Kata Claire Payne, ahli aroma terapi dan minyak wangi kepada ABC News. "Ambergris adalah apa yang kita sebut wangian khas haiwan , berbeza dengan wangi limau atau aroma buah-buahan."


Bahkan laman Nationalgeographic.co.id menulis , minyak wangi dengan cita rasa tinggi yang dihasilkan oleh jenama terkenal seperti Chanel dan Lanvin yang memanfaatkan kelebihan ambergris . Ambergris mempunyai kemampuan memberikan aroma harum bagi kulit manusia.




Ambergris adalah cecair pejal yang dikeluarkan oleh paus sperma (Physeter macrocephalus) melalui proses tertentu yang memakan masa . Senang cerita , ia datang dari usus / sistem penghadaman ikan paus . Ada juga yang menyebut sebagai muntah ikan paus . Dalam novel klasik 1851 kisah tentang ikan paus Moby Dick juga ada menyebut tentang perkara ini .


Ambergris yang mengeras biasanya akan terdampar di pinggir pantai (sangat jarang berlaku). Kesukaran mendapatkannya menyebabkan harganya sangat mahal . Untuk satu auns saja syarikat minyak wangi sanggup bayar ribuan dolar dan ini setanding dengan harga dan kualiti minyak wangi yang akan dihasilkan.




Di samping khabar gembira tentang ambergris, ada juga berita buruknya . Ya , beberapa Negara telah melarang penggunaan ambergris . Sementara Amerika Syarikat sejak tahun 1972 telah menetapkan bahawa pemilikan dan menggunakan ambergris dalam minyak wangi adalah sesuatu yang HARAM , ini kerana status paus sperma yang terancam pupus .


Walaupun begitu permintaan terhadap ambergris di beberapa Negara asing terutama di Negara fashion seperti Perancis, sehingga ke hari ini masih tetap tinggi .




No comments

Powered by Blogger.