Tuesday, June 14

5 TIPS berkesan BRANDING diri sendiri !

Yup ,  this time Vv terpanggil untuk share tips yang dikongsi oleh brader ni (Vv panggil dia Abang Sarjen) . Tips dia agak simple dan praktikal , untuk slow learner macam Vv ni memang suka lah tips macam ni . Heheheee ... 

Harap bermanfaat terutama kepada newbie yang baru nak memanjakan diri dalam dunia perniagaan . Moga anda berjaya dan sentiasa berusaha untuk jadi manusia yang terbaik dalam segala .


Entry yang beliau tulis bertarikh 30/4/2016 pada jam 11 pagi .


Assalamualaikum semua:)
Abang Bendahara nak share, 5 tips berguna untuk menjenamakan diri anda smile emoticon

Sewaktu di Universiti dahulu saya ambil kursus diploma dalam komunikasi dan media kerana didalamnya ada kursus Pengiklanan dan Penjenamaan smile emoticon

Sewaktu dalam diploma saya bertanya pada pensyarah saya, orang masscom paling banyak buat duit dekat mana? Depa semua jawab pengiklanan. ok osemmm hahhahha. dah dapat dah jawapan.

"orang masscom paling banyak buat duit dengan pengiklanan"

Bila dah ambil Degree saya tanya pada pensyarah saya pula. Encik Khai, apa subjek dalam pengiklanan yang paling banyak boleh buat duit?

Jawab encik khai? yeah u guess it... Branding. So saya duduk bahgian depan kelas dan bebetul dengar dan belajar dari encik Khai apa itu branding dan sampai sekarang saya masih belajar lagi... even dah grad 11 tahun lepas."belajar terus belajar"

"pengiklanan paling banyak buat duit dengan branding"


Umur 27 tahun saya dah buat 1 juta yang pertama dengan branding and advertising. ( this is on the year 2010). Salah satu dream is to acchieve 1st mill before 30.

Baru baru ni Alhamdulillah ilmu yang sama saya apply dalam RBC 2015 dan saya menang tempat pertama dan dapat RM1.5 juta geran dari KKLW. Patut dapat 2 juta, tapi tak dapat... Saya tahu kenapa... sebab saya bergaduh dengan ketua juri penilai... hahahhaa. Ok jangan ikut perangai saya ni. I am too passionate.


Hari ini saya nak kongsi dengan followers saya semua 5 tips berkesan untuk branding diri dalam media maya dan juga dunia sebenar ini. Jika anda melakukanya dengan baik, satu dunia akan kenal siapa anda dan produk anda.



1. Jadi diri sendiri / be yourself
Ada orang nak jadi macam Azizan Osman la, nak jadi Hafiz Hamidun la, pada saya jadi diri sendiri dan "be better everyday".

Bangun pagi solat subuh poie la kat masjid, peh tu jogging, tengok dalam 5 tahun semua orang akan kenal kamu...rocky balboa Malaya. Badan cantik muka hensem / cantik, attitude osem.

Orang berjaya ni orang yang dapat solat subuh kat masjid. Jangan gi semayang jer. Tegurlah orang. Silaturrahim itu pintu rezeki.(kena tulis buku dah ni...) You never know jemaah subuh kamu tu seorang billionaire! hahaha tak tegur tak kenal melepas la. Depa pun suka kawan ngan kamu yang solat subuh gak sebab orang yang ingat kematian akan ingat tuhan dan orang yang ingat akan kematian adalah orang yang bijak dan amanah.

Dengan menjadi diri sendiri, barulah kita boleh benar benar berhubung degan audience kita. Jujur sahaja tak perlu hipokrit. Tak payah nak cakap macam ilmuan sangat. Bagi ayat yang mudah depa nak paham ok dah. Dengan kejujuran kita akan dapat trust orang. macamana nak dapatkan trust?
Hadirkan dari hati...orang boleh rasa kita ikhlas atau tak... Dah ada trust itulah benda yang paling berharga sebagai seorang peniaga. Jangan kencing dan jangan menipu. Sekali yo kito menipu, abislahhhh hati kita... dah rosak hati, rosaklah semuanya. tak leh nak jadi diri sendiri, yang baik lagi osem.

Hujungnya, bila kita dikenali sebagai orang yang jujur dan boleh dipercayai kita akan dapat create audience yang setia. Kena blajar lah untuk enggage dengan client kita ni. Recognized them. Letak hati dan jiwa tu dalam apa yang kita cakap dan buat... kena ada care kena tunjuk kita care for them as much.

Kena tunjuk that we really care. Why we care? because we love them as we love ourself- ini ciri2 orang beriman. Kita adalah unik dan Allah hantar kita ada tujuannya kedunia ini. jum jujur dengan diri sendiri mula jadi diri sendiri. start to love yourself.

Fokus pada kelebihan dan kekuatan diri anda dan secara automatis kelemahan akan berkurangan.
BE YOURSELF, ONLY BETTER.



2. Kota apa yang dikata
Penting ni kawan, kalau kita nak berjaya dalam perniagaan atau dalam hidup kita yang singkat ni, inilah yang kita kena pegang dan ingat selalu.
-Tepati janji.

Kita mesti boleh deliver apa yang kita katakan dan janjikan. Dalam hidup ni, manusia ni boleh dipegang dekat kata kata dia sahaja. Dokumen ke perjanjian bertulis ke apa benda itu semua sampah sahaja. Kalau mereka tak honour mereka tak honour juga dokumen dan perjanjian itu. Lembu dipegang pad talinya dan manusia dipegang pada janjinya.

Pada saya manusia harus dipegang pada kata katanya. Tapi pada zaman ini, kita pun tahu mana ada manusia yang boleh kita pegang kata katanya kan? Well ada sebenarnya, saya sendiri cuba untuk menjadi orang itu. Kita kena berazam untuk memberi nilai pada perkataan dan janji yang kita lafazkan.

Sahabat, orang yang tak memenuhi janji adalah orang munafik dan kita jangan jadi munafik. Dan jangan berkawan dengan orang yang mungkiri janji. Begitu juga dengan kalian, kalian mesti cuba untuk give value to your words, yeaaa kadangkala payah juga kita nak deliver kan tapi kita kena cuba sedaya upaya kita untuk deliver juga.

Jangan menipu!

Ayah saya pernah ingatkan saya bahawa ia bukan tentang orang yang kita tipu sebaliknya adalah tentang diri kita sendiri yang kita tipu. Kita boleh tipu semua orang tapi kita tak akan boleh tipu diri kita sendiri. Jujurlah dengan diri sendiri.

Bagaimana nak mengotakan apa yang dikata?

  1. Tulis apa yang nak dikotakan ini-kalau tak tulis kang kita lupa. cari buku 555 tu dan tulis apa yang kita nak kotakan.
  2. Letak tarikh bila kita nak kotakan kata-kata/janji ini apa yang kita katakan ini mestilah bersifat sesuatu yang boleh diukur dan bukanya sesuatu yang subjektif. contoh : saya nak jadi baik. saya nak jadi kaya, saya nak kurus...statement ni semuanya general ...kena be more spesific.
  3. Berdoa pada Allah-minta Allah permudahkan urusan kita.
  4. Berusaha sedaya upaya-give everything you had, jangan hold back plus do your best. 
  5. Bertawakal agar Allah permudahkan urusan kalian. 
Kalau tak mampu cuba limitkan apa yang kita tuturkan dan apa yag kita janjikan pada orang:) kadangkala diam juga boleh menyelamatkan kita.Jangan "over promise dan under deliver"





3. Tell it as it is
Dalam kehidupan kita ni kita kena belajar utk bercerita tanpa perlu kita menokok tambah atau gebang lebih la bak kata orang muda sekarang ni. Dan tak payah nak kurang sangat pun~ sekadarnya sesederhanya itu sudah memadai~

Kita kalau nak orang trust kita jangan sembang lebih~ sembang kasi bimbang~ Cakap secukupnya then apply~ bertindak dan realisasikan. Kalau suka cakap suka, tak suka cakap tak suka, tak perlu nak sugar coating~

Komunikasi berkesan adalah apabila kita boleh mesej kita secara tepat dan berkesan. U dont need a cannon to kill a rabbit. Why? There will be no rabbit left behind wink emoticon. Enough is enough.

Dalam menyampaikan maklumat. Sampaikan sebaiknya. Jujur dan jangan exxegerate. Awak akan dipertanggungjawabkan dengan apa yg kita kata. Jangan sampai orang kata~ ahhh dia tu sembang je lebih. Ada aja haters yg akan cakap macam tu dik~Tapi balik pada diri kita balik~ fikir apa kita nak cakap dan mampu tak kita nak deliver apa yg kita cakap. Fikir dulu.

Biarlah kita ni jadi orang yg under promise tapi overdeliver dari orang over promise n yet under deliver. "Barang baek tak perlu kata kata indah"

4. Be unique -then have the heart to say what is right insyaAllah Allah permudahkan

5. Kena kuat khidmat -kemudian la. panjang benar nak bebel maaf saya bagi lagi empat ni kemudian.

p/s actually point #4 dan #5 tu , abang bendahara belum tulis lagi . Tak pasti bila dia akan sambung tulis semula . Kalau hangpa nak cepat , direct tanya dia terus kat FB ya .

Bila-bila masa nanti , Vv pantau brader ni tulis apa , pastu kita share sini ya . Sementara tu , boleh je nak usha dia , banyak juga tips lain yg dia bagi . Terima kasih sudi membaca .

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon