Tuesday, June 14

16 Permainan selamat & berkualiti untuk anak kecil

Jom tengok setiap jenis-jenis play yang bagus
dan boleh didedahkan kepada anak-anak .
Penting untuk memahami
setiap jenis supaya 

  • anak dapat experience banyak aktiviti , tak mudah bosan dan perkembangan mental fizikal mereka diransang dengan baik .
  • mak bapak tak buntu nak fikir aktiviti apa . Balik-balik main lukis rumah kampung, bukit bukau, matahari , sungai . Dan juga ohh , sawah padi petak-petak juga .

Jadi , dengan cara mengetahui kesemua 16 types of play , kita dah boleh fikir aktiviti apa nak main dengan anak semudah petik jari je ~


1. Symbolic Play

Symbolic play ni adalah yang paling natural dan sesuai untuk semua peringkat umur anak . Dan kadang-kadang , memang anak-anak akan naturally main symbolic play ni dengan sendirinya . Contohnya:
ambil sikat dan jadikan sebagai microphone .
ambil daun dan jadikan sebagai penyapu .
dan sebagainya .

Symbolic play membenarkan anak-anak explore persekitaran mereka secara perlahan dan meningkatkan pemahaman mereka tentang dunia sekeliling tanpa terdedah dengan risiko yang terlalu bahaya .



2. Rough and Tumble Play

Rough and tumble play adalah sejenis play yang banyak melibatkan aktiviti fizikal . Contohnya: main lawan-lawan ,  main perang-perang , main glek-golek dan lain lagi . Play ini paling sesuai dengan father-son . Sebab anak lelaki memang suka aktiviti berguling golek ebaboom meletop camni . Anak perempuan boleh juga , cuma kebanyakkan mereka lebih suka aktiviti setempat . Tak macam saya dulu memang lasak sangat panjat sana sini . Kecik dulu spiderman , dah besar terus jadi Megan Fox . Ehhh ??



3. Socio-dramatic Play

Socio-dramatic Play selalunya melibatkan suasana atau persekitaran yang lebih nyata . Contoh : pergi shopping barang dapur dengan anak , pergi mancing , berkhemah ,  gotong-royong bersihkan rumah . Anak sental lantai tandas , bapak cuci mangkuk jamban , mak cuci rambut kat saloon . Ehhh !?

Socio-dramatic Play boleh membantu anak-anak explore potensi dan kemahiran diri mereka sendiri , disamping membantu ibu bapa memastikan tandas sentiasa bersih . Hahahahaa



4. Socio Play

 Socio Play adalah sejenis play yang melibatkan interaksi dan perhubungan.  Melalui social play ,  anak-anak akan belajar cara bergaul , cara bertolak ansur dan cara mengawal emosi diri dan menjaga emosi rakan-rakan . 

Tak kisah la main apa pun .

Asalkan ianya berkumpulan dan terpaksa dilakukan bersama ,  itulah  Socio Play . Untuk anak satu atau anak sikit ,  Socio Play bagus untuk develop social skills anak-anak dan slowly reduce "overly attachment" atau tahap kemanjaan dan ke-bossy-an mereka . 



5) Creative Play

Creative Play pula melibatkan kretiviti dalam pemikiran dan tindak balas anak-anak . Melalui creative play , anak-anak akan mula belajar menghubungkan elemen-elemen di sekeliling mengikut kreativiti menceritakan dan menterjemahkan apa yang mereka fikir dan lakukan.
Contohnya :  melukis gambar , membuat scrapbook ,  memotong dan menampal kertas , merekecipta sesuatu dan sebagainya . 



6) Communication Play

Communication Play adalah apa sahaja aktiviti melibatkan komunikasi , ekspressi wajah dan pergerakan badan .  Contoh : bernyanyi ,  menari ikut muzik , berlakon , berdebat dan sebagainya . 



7) Dramatic Play

Ia adalah common .  Expecially yang ada anak yang obses dengan watak-watak superheroes dan princess .  Kalau anak laki , balik-balik jadi spiderman .  Kalau tak spiderman , mesti ironman .  Kalau tak ironman , mesti ultraman . Kalau anak perempuan pula ,  mesti elsa .  Takpun Barbie . Paling ganas pun , robocar poli . Hahaha
-___-

Patu kalau parents pun main sekali ,  mak-mak sibuk nak jadi kajol , 
bapak-bapak sibuk nak jadi aaron aziz . Haduihhh .


8) Deep Play

Deep Play melibatkan sedikit risiko bahaya , memberikan anak-anak pengalaman baru ,  membantu mereka mengatasi fear dan meningkatkan self esteen . 
Aktiviti-aktiviti first time ,  contohnya first time naik basikal , first memanjat tangga ,  first time main roller blade , juga dikategorikan sebagai deep play .

Selain itu, apa sahaja aktiviti yang melibatkan panjat memanjat atau mengimbang badan ,  juga adalah deep play dimana ianya perlukan pemantauan orang dewasa . 



9) Exploratory Play

Exploratory Play boleh membantu ibubapa untuk mengenalpasti manipulative behaviour anak-anak melalui cara mereka memberi reaksi terhadap sesuatu alat atau persekitaran . Contohnya membaling barang ,  menggigit , menyentuh , menjauhi ,  mengetuk dan sebagainya . 

Exploratory Play boleh dilakukan dengan mendedahkan anak-anak dengan sesuatu alat atau benda ,  dan perhatikan cara anak menggunakan atau memberi reaksi kepada benda tersebut . 




10) Fantasy Play

Apa sahaja aktiviti yang membenarkan anak-anak untuk berfantasi dalam dunia mereka sendiri ,  adalah dianggap sebagai Fantasy Play .
Contohnya : berfantasi sebagai astronaut yang berada di bulan .
Atau ,  pilot yang sedang mengelilingi dunia . 
Atau pahlawan yang sedang menentang gergasi. 
Atau jutawan yang sedang memandu lamborghini aventador . 
Ehh itu fantasi apaknya !?? Heheh .



11) Imaginative Play

Dalam Imaginative Play ,  tiada batasan dan peraturan untuk anak berimaginasi dalam menghasilkan atau melakonkan sesuatu . Aktiviti imaginative Play adalah sangat luas . 
Boleh jadi dalam bentuk lukisan ,  rekacipta , lakonan dan apa sahaja . 

Contohnya:  melukis sambil mendengar music yang dipasang. 
Atau ,  berimaginasi sebagai seekor kucing atau ikan di lautan . 
Atau berimanginasi sedang berada di negara bersalji . 



12) Loco-motor Play

Loco-motor adalah apa sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan badan .  Contohnya ,  main sorok-sorok , treasure hunt ,  main kejar-kejar ,  main panjat-panjat dan sebagainya . 



13) Mastery Play

Mastery Play pulak menguji keupayaan anak-anak melakukan sesuatu aktiviti secara intense dan bersungguh-sungguhsehingga selesai . Mastery Play selalunya ada target atau matlamat yang hendak dicapai . 

Contohnya: mencipta insatana pasir ,  menanam pokok ,  membuat kolam ikan ,  mencipta robot menggunakan kotak dll .



14) Object Play

Object Play adalah sejenis play yang melibatkan objek untuk meransang hand-eye coordination anak-anak.  Contohnya : menyusun dominos , memasang lego dan sebagainya . 



15) Role Play

Role Play pun agak common , selalunya membantu anak-anak explore intrapersonal dan interpersonal mereka . Contohnya ,  menjadi sesuatu atau seseorang yang real dan melakukan sesuatu yang rela .  Contohnya : antara mak dan anak . 
Anak melakonkan watak mak .
Mak melakonkan watak anak .
Selain main switch role ,  boleh juga berlakon jadi bomba , doktor ,  jurujual dan sebagainya . 


16) Recapitulative Play

Recapitulative Play membenarkan anak-anak lebih memahami kejadian manusia , kejadian alam dan benda hidup .  Apa sahaja yang melibatkan sejarah , budaya,  suasana , pekerjaan , peringkat kehidupan , cuaca dan sebagainya .

Contohnya :  membela binatang ,  memberi haiwan makan ,  menanam pokok ,  melihat gambar lama dan perhatikan perkembangan diri ,  menyalakan api dalam gelap ,  perhatikan fenomena hujan panas ribut dan sebagainya . 

Perghhh siap pun tulis 16 types of play ni . 

Diharap perkongsian ini dapat meberi korang lebih banyak idea dalam menyediakan aktiviti kepada anak-anak .  Sumber : Adlil Rajiah

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon