Tuesday, June 21

10 perkara melibatkan Diet Atkins, wajib tahu !


1. Mengira kalori
  • Jika perlu , lakukan pemeriksaan kalori selang beberapa hari . 

2. Kepentingan air
  • Perlu minum air yang banyak untuk mengurangkan air dalam badan . Ramai orang mempertikaikan , jika nak buang air dalam badan kenapa perlu minum lagi ? 
  • Hakikatnya , apabila kita minum air kosong yang banyak , kita dapat elakkan diri kita dari dehidrasi atau kekeringan . Kemudian kita akan kerap ke tandas untuk membuang . Aktiviti ini dapat membuang mineral yang kita tidak perlukan dalam badan . Seterusnya tanpa disedari kita telah melakukan senaman akibat ulang alik dari tandas .
  • Minum 8 -10 gelas sehari , digalakkan minum lebih banyak jika masih lagi dahaga . Keperluan air bergantung pada berat badan . 
  • Sekiranya warna urine anda jernih, menunjukkan anda telah terhidrasi dengan baik . Jika kekuningan menunjukkan anda perlu lebih banyak air .

3. Elakkan buah-buahan
  • Ingat ! Buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti berlebihan . Gula extra ni lah yang akan ditukar kepada kanji dan disimpan sebagai lemak jika tidak digunakan .
  • Secara dasarnya , diet dengan memakan buahan adalah suatu penyeksaan diri sebab kita akan lapar dengan cepat .

4. Tabiat makan
  • Buang tabiat minuman ringan seperti Coke , Sprite , Pepsi dsb ! Minuman ini mempunyai kandungan gula yang tinggi . 
  • Untuk makan malam , makan makanan yang ringan , seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadam makanan dan dalam masa yang sama gunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita .

5. Senaman
  • Kepada yang gemar bersukan , ya teruskan . Senam membantu kurangkan berat badan , namun ini hanya tambahan . Dengan point seperti diatas , ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja walaupun tidak bersukan .

6. Kepentingan protein
  • sangat penting untuk penurunan berat badan dan melindungi jisim otot tanpa lemak . Seorang yang normal perlu ambil 0.8grams proteins daripada 1kg berat badannya . Manakala atlit = 1.2g hingga protein per kg badan .

7. Kepentingan lemak
  • Penting juga untuk penurunan berat . Lemak juga dapat meningkatkan rasa makanan dan membolehkan badan menyerap vitamin tertentu .
  • Pastikan setiap hidangan ada lemak atau protein . Makan lemak semulajadi adalah penting untuk menjadikan lemak badan sebagai sumber bahan api utama anda .

8. Mengelakkan dehidrasi atau ketidakseimbangan elektrolit
  • Kehilangan air pada awal diet boleh membawa gejalan tidak sihat dan dehidrasi . Pastikan anda mengambil garam yang mencukupi dalam bentuk sup atau masakan lain . Gejala ini mulai hilang sebaik sahaja anda mula membakar lemak .

9. Kalori yang berlebihan punca berat badan naik ?
  • Ya memang benar ! Hanya terjadi apabila makan karbohidrat bersama-sama lemak . Apabila anda mengikuti pendekatan mengawal pengambilan karbohidrat , anda akan dapat tahu tentang "metabolic advantage". 
  • Dengan mengurangkan makanan karbohidrat , badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga . Ini bermakna anda boleh makan dalam 2,000 kalori dan masih mengalami penyusutan berat badan .
  • Sebaliknya , jika anda ambil 2,000 kalori pada diet rendah lemak , anda mungkin tidak dapat turunkan berat badan , malah menambah berat tersebut . 
  • Kelebihan metabolik adalah pembakaran lemak mengambil masa dan lebih tenaga supaya anda membakar lebih banyak kalori .

10. Orang yang ber-atkins , mungkin rasa letih , lemah dan kurang tenaga
  • Keletihan berlaku beberapa hari pertama diet atkins . Sementara badan sedang menyesuaikan diri menukar tenaga . Ia biasanya mengambil masa kira-kira 3-4 hari untuk badan menukar metabolisme gula ke metabolisme lemak .
  • Badan anda boleh simpan karbohidrat hanya sehingga 48 jam , yakinlah bahawa metabolisme pasti bertukar jika melakukan Atkins dengan cara yang betul . Selepas peralihan , anda lebih bertenaga tinggi dan cergas . Ini kerana , badan anda telah mengimbangi gula dalam darah dengan lebih stabil . 


Artikel Terkait

2 Luahan Hati

Betul diet atkin ni biasa memula diet memang akan mudah dicapai dek kerana kurang air yg boleh akibatkan hal lain. Kena alert dan bijak berdiet agar misi yg dikehendaki tercapai.

saya asyik failed aje, tak kuat...hahahaa.. suka sangat makan. adoi la


EmoticonEmoticon