Sunday, May 8

Jejak santai ke Yogyakarta, antara kenangan terindah ku !


...Bismillahirrahmanirrahim...
Okay untuk entry kali ni Lisa nak cerita pasal perjalanan ke Jogja yihaaaa !!!! Siapa pernah pergi Jogja ? You should go travel and see other world at least once in your lifetime. Yang tak pernah travel tu takpe korang jangan risau, akan sampai rezeki korang nanti. Aminnn...

Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan dengan 8hb hingga 11hb April 2016 tiba-tiba, (macam ayat pendahuluan karangan UPSR Bahasa Melayu tak?) Lisa dan 65 ahli yang lain ada join satu seminar (Retreat Program) which is a main program for committee members of this political society. Im not really a committee members but we as a clerk just need to follow and assist them in doing this program. Okay dah cukup intro 134 patah perkataan.

*Sebelum baca, mohon pergi beli popcorn dulu supaya tak ngantok. Sekian*


*******************************************************************************
JUMAAT, 8 April 2016

Pada pagi Jumaat, mula berkumpul depan office (3:30 pagi) and then kitorang gerak ke KLIA 2  (4 pagi). Yang penting memasing memang muka bangun tido. Zombiiiiiiiiiiii


**********
Lepas tu kitorang berhenti kejap dekat RNR Seremban (6:00 pagi) untuk solat subuh dan bekpes. Lisa dah lapar sangat sampai tak boleh berpikir. Cehhhh poyooooo padahal dalam bas tido !!


**********
Nampak tak muka bangun tido dengan mata sembab tu ?
Seronok td dah melahap lepas tu sambung tido balik sampai lah ke KLIA 2 (8:30 pagi).
 Kak Emy Comel buat apa tu gigit tudung ? lapar eh ishh3...


**********
Ready to berlepas. Flight pukul 9:30 tapi dalam 10:30 baru gerak. Ni bajet je memasing muka segar, lepas tu tak sampai 10 minit semua pengsan balik. Bangun balik pon sebab lapar nak makan hahahahahahah... 


**********
Tudiaaa after 2h30m flight, sampai jugak dekat Adisutjipto International Airport (12:45 tengahari).


**********
Dekat sana bas kitorang dah tunggu siap-siap so kitorang terus gerak meninggalkan Terminal B and move to our next destination..


**********
Haa jangan lupa bila dah datang sini, semua simkad2 korang takde function. So kenalah beli simkad sini kalau tak ngko tak boleh nak mesej pakwe makwe atok nenek mak abah kat kampong.
Ada paham ?


 Untuk pengetahuan harga sim ni lebih kurang Rp. 85000 = RM 25.14.
Lisa rasa simpati tengok simkad dia. Hmmmm.....


**********
Kemudian pukul 1:30 semua gerak untuk lunch. Yang uniknya kedai ni, ada banyak barangan antik dan memang dia buat pameran untuk sesiapa yang datang makan kat situ.

**********
Lepas tu macam biasalah singgah cuci mata jap kat kedai Batik dan Kraftangan.

  
Gila terkejut Lisa masuk kedai tengok ada atok bersila depan ni. Rupanya patung cissss !

**********
Dalam 4:30 waktu sini (bersamaan dgn pukul 5:30 jam Malaysia), kitorang check in dekat Zest Hotel
Its time to rest bebeyhh !!

 
 

*****
Untuk first dinner kat sini, kitorang makan kat luar (jam 7:30 malam). Sebab first day kann, so we have some welcoming talk from our Big Boss yang paling sempoi dan cool di abad-21,
Dato Senator Haji Mohd Salim Bin Sharif. 


****
9:30 malam kitorang balik hotel dan rehat. All members need to be prepared mentally for main activity tmrow. Sebelum tido nak layan Jackie Chan cakap endon kejap...


*tutup lampu zzzZZZ*

*******************************************************************************
Sabtu, 9 April 2016

Hai good morning untuk hari kedua kat sini hehe...

Sebelum tu Lisa nak tunjuk dulu waktu solat kat sini. Even beza masa Malaysia dan sini cuma sejam, still waktu solat dia tak sama. So jangan lupa cek waktu solat bila travel ke mana2 tau..


*****
Semua turun breakfast pukul 7:30 sbb kena get ready untuk next activity pukul 9.
Breakfast is a very important meal to start your day so never skip your breakfast okayy.


*****
Tepat jam 9:00 semua berkumpul di dewan untuk seminar tapi Lisa duduk belakang je dengan Kak Emy Comel sebab we both kena catat minit for report. (buat report paling bosan kbye) 


Lepas tu tengahari rehat jap untuk lunch dan solat
(maaf sekali lagi tolong abaikan muka bantal macam orang tak mandi tu)


...and pukul 2:00 petang sambung balik...
....Haaaaa mengantokkk tau tak sebab lama sangat tak habis2  (T_T)....


....5:30 petang isap rokok luuu hikkss....

Kat sini memang style makan kuih popia dengan cili padi (kena kunyah). Kau rasa ? Itu air kopi sebenarnya. Warna pelik pasai terlebih letak crimer hhahahahahahahahha..
...dan finally lebih kurang jam 7:30 malam selesai seminar. hip hip hoorraayyyyy !!!!....

Ya Allah ikhlas sangat senyuman kau lisa (muka bantal teroxx dah tu hahahah)
**********
Then 8:30 we ollsss gerak makan kat luar for dinner.


See lauk diorang biasa2 je dan cara masak sama je dengan kita tapi lain sikit rasa dia. Diorang punya masakan manis sikit dan sangat lah tak pedas. Disebabkan Lisa kuat garam dan pedas, Loya tokak den.. So better korang bawak sambal sendiri dari rumah. Baru selera sikit nak makan..

**********
Dalam pukul 9:30 kitorang pon habis makan then lepas tu bebas nak buat apa.

so apa lagi, "Black Mission" lahhh muehehhe

******************************************************************************
Ahad, 10 April 2016

Weyhh bosan dah ke baca ???? Ngko sabar jap, banyak lagi nak cerita ni... ..

Okay macam biasa, 8:00 pagi kena breakfast dulu. Lisa memang jenis amik heavy breakfast and skip dinner (kalau kat rumah sewa lah tp kalau kat rumah mak tak boleh skip dinner. lauk mak masak sedap sangat lepas tu godaan syaitonn dia lain macam sikit fuhh)


**********
Sepanjang 4 hari kat sini, Lisa hanya pakai duit sebanyak Rp. 1,000,000. (duit belanja sahaja). Weyhhh 1 juta rupiahh tuuuu, duduk sini jadi jutawan tauu *perasan kaya jap*

Sebenarnya 1 juta sini takdelah byk sangat duit kita. Hanya lebih kurang RM 295.78 (accurate currency) tapi kalau tukar kedai biasa kita akan bayar antara harga RM 300-RM315. Jenis yang hidup solo bujang dan hanya nak beli ole-ole untuk family and kawan terdekat, 1 juta rupiah dah cukup. Tapi kalau rasa nak belikan ole-ole untuk satu kampung nenek belah ayah punya kawan, bawaklah lebih dari 5 juta rupiah ... Wah banyak duit ngko ?

WARNING ! Jangan tukar dekat airport sbb dia mahal sikit hmm...
Tukar siap2 sebelum berlepas okayy :*


At first memang pening sebab bila nak beli barang je kena kira dulu berapa sebenarnya harga dia.

Nak kira RM1 = Rp. 3380.90 macam leceh pulak kan.
So cara senang nak kira (anggaran) [10 ribu rupiah = RM3]

**********
Pukul 9 pagi kitorang gerak dan sampai ke Kedai Silver dalam pukul 10:30. Lisa cuci mata jelah sbb jenis tak pakai silver kan. Lisa suka emas jeww MUAHAHAHAHAHA *evil laugh*


Macam2 lah kraftangan dijual kat sini. Tapi kat sini mahal sikit barangnya sob3...


Antara perhiasan silver lain yang dijual disini selain dari barang kemas (gelang, rantai dan cincin)

..haa cuba teka harga Masjid silver ni berapa..
jenng jengg jenggg.... 540 JUTA RUPIAHHHHHHH...
(RM 159,720.59)

Harga kapal ni pulak Rp. 84,150,000
(RM 24,889.79)


Kat sini pon ada jual coklat macam2 perisa tauu...
**********

Next we olllss gerak ke Candi Borobudur yang terletak di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Jarak dari  Zest Hotel ke candi ni lebih kurang sejam setengah. Kalau nak tau, Candi berbentuk stupa ini telah dibina oleh Penganut Agama Buddha Mahayana sekitar tahun 800-an Masehi dan ia juga merupakan candi atau kuil buddha yang terbesar di dunia.

Nak tau kenapa ia dikira sebagai keajaiban dunia dan misteri ? Boleh baca SINI

 
 
Abang Usop yang sangat annoying dan gedik. Tak kacau aku tak sah --"
Okay untuk entrance fee ke candi ni lebih kurang dalam RM65 duit kita. Tapi weollllss semua malas nak jalan kaki so naik 'kereta api' jelah (nak naik kena bayar RM2) wehuuuu..



Sebelum naik atas ni, siapa yang pakai shortpant/skirt, mesti kena tutup dengan kain yang telah disediakan sebagai tanda hormat melawat tempat suci mereka. Kat sini kan panas dia lain macam sikit so jangan berangan nak pakai shortpant fefeling omputih ye..


..Ni lah antara gambar senibina dan rekabentuk yang terdapat di Candi Borobudur..

 

..siapa yang datang sini petang lagi cantik kot rasanya. sebab dapat tengok sunset dari atas..
Tak pasti dia bukak dari pukul berapa hingga pukul berapa. Eh dah la Lisa lapar nak p makan.

**********
Gila kau jah, kat sini memang dapat fefeling artis sikit. Dikejar eh kau sampai ke bas. Lepas tu dah naik bas, ditunggu lagi kat tepi pintu suruh turun. fuhhh


....member belum turun lagi diorang dah ready dah tu hahahaha....


****
Nak gerak p makan tapi singgah jap tepi jalan beli buah salak. Sini kan terkenal dengan buah salah tapi Lisa beli sikit je hehehe...


oh ye buah salak tak lepas ye bawak masuk flight. tapi kalau nak beli jugak satu pokok, hangpa beli lah luggage lain hahahahahah.

**********
(3:00 petamg) Singgah makan dulu, gua dah kebulur rasa macam nak pengsan dah ni dan lepas tu kitorang balik hotel berehat. 


*****
Isnin, 11 April 2016

(8:00 pagi) Last breakfast here. Ntah pape aku makan hahahahaahhaha...


**********
Okay now kitorang nak gerak ke Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat (9:30 pagi) dan sampai lebih kurang dalam pukul 10 lebih lah. Tempat ni merupakan tempat rasmi Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat. Lebih kurang macam singgahsana sultan lah gitu. Kat sini jugak mereka menjalankan tradisi kesultanan serta menyimpan pelbagai koleksi peribadi dan harta pusaka miliknya untuk dijadikan pameran kepada pengunjung.


Kalau nak tau, caklempong ini berusia lebih dari 500 tahun .Lisa geram je tengok rasa nak ketuk je tapi risau pulak kang ada 'benda' yang ikut balik hahahahahahaha
      
  
   
Masa ni, diorang ada baca menda ntah siap ada musik2 bagai. Pestu bila amik gambar diorang, muka nenek2 ni bongih ya amat lepas tu Lisa chow hahahahahaha

Kat sini kena banyakkan minum air kosong sebab tak berani nak beli air dan makanan yang bukan packaging. Yes you should keep that in mind too, jangan beli sembarangan. (if you know what i mean hmm).  Lagipun cuaca sini pon sama panas macam kat tempat kita cuba lagi kotor sikit udara dia sbb kota diorang sgt padat. Bila nak berjalan tapi badan tak sihat kan dah sedap so sbg langkah berjaga-jaga banyakkan minum air supaya tak dehydrated okay.

**********

So lepas makan (1:30), singgah sat beli ole-ole, Lisa tak beli banyak pon sebab kitorang tak dapat singgah Malioboro (tempat menarik dan murah untuk shopping) pasal driver bas kitorang senget, dia tak bawakkan. MERAJUK !!. Takpelah next time lah kann. Takde rejekiii huhuhuu....

My fav drink hehe
Opps satu dah hilang sbb Lisa dah culik dulu sebelum sampai rumah hahahah
My addiction. Kopi ohhh kopi...
Haaa bakpia tau tak padia ? Alah biasa kat sini ada jual yang dalam dia kacang tu. Tapi kan sini dalam dia ada perisa cheese, coklat, nenas dll (tak tahan lama, seminggu je)
Kat sini memang melambak pisang salai, tapi kena pandai lah cari mana yang sedap.
**********
Then, (2;30 ptg) weollss gerak terus ke Adisutjipto International Airport untuk flight pukul 5:30.
Balik woiii balikkk !!!


Okay tamat sudah perjalanan Lisa. Thankyou for reading. Till we meet again, see yaaa !!!

Artikel Terkait