Header Ads

Cantik ke? Ini baru draf, bila dah siap lagi lawa tau !

[9 gambar] Wahhh , lama dah Ema tak ambil tempahan guestbook . Lately memang busy sungguh . Kali ni , terima tempahan guestbook Adorable Lace .


 Actually gambar atas ni draf je , belum finalize lagi tau ! Banyak lagi kena touch up . Entry ni just nak tunjuk basic memasang kain lace pada handmade guestbook . Sebelum pasang lace , makesure buku yang dipilih jenis binding cam gambar bawah ni . Jangan pilih jenis spring . Susah nak pasang lace dan kurang kemas .


Anggaran untuk satu buku lebih kurang 1/2 meter kain lace . Seeloknya beli terus satu meter , mungkin ada benda nak touch up guna bunga pada kain lace dibahagian tertentu . Bentangkan kain dan perhatikan corak bunga .


 Adjust buku ikut susunan bunga . Tengok alur bunga tu , lawa ke kiri atau kanan . Pastikan lace tidak dipasang terbalik . Ini PENTING ! Ema pasang dua lapisan supaya bunga nampak lebih padat . Bukan itu saja , lapisan yang disusun dengan baik akan menghasilkan corak yg lebih cantik .


Hah ! Nampak tak tu ? Tengah-tengah tu ngam je coraknya . Biasanya Ema akan lekatkan guna gam gajah/UHU atau double sided . Letakkan sedikit glitter untuk naikkan seri .


Lepas tu letaklah bunga ke , manik ke , labuci ke atau yg sewaktu dengannya . Ingat ! Jangan main letak je , nanti rupa macam ada benda yg tak kena . 


Macam kat guestbook Ema buat sekarang ni , there something weird there ... HAHAHAA !!! Yela kan guna keronsang tudung je . Kena ambik masa sikit nak dapatkan mood berseni . Macam krik , krik , krikkk cengkerikk... memang blur takde idea , tu yang buat draf je tu .


Oh ya bunga tu ??? Macam bunga telur pulak . Tak pun bunga orang letak kat kasut tu . Huhuuu ... Tak esklusif langsungkan ?? Bunga tu kompom kena REMOVE . Kahkahkahhh...


Biasalah nama pun draf kan , Ema tengah chill-chill je ni. Yang kaler merah gambar bawah ni bahagian untuk tambah reben . Pastu letak bunga kecik dua ketul , kompom gojes tau uolls ! 


Ok lahh , Ema stop takat sini , nanti dah ada idea , kita kongsi semula ya . Terima kasih sudi layan guestbook yang belum siap ni . Byebye semua ...
.
.
.
Sebenarnya guestbook Adorable Lace dah siap tau ! Jom baca entry pasal ni ...
(Tekan link untuk baca entry ni)
.
.
.
Klik dibawah untuk memilih combo Veto Value Package:
   

5 comments:

  1. ohh ni la drafnya. kena klik link tu, menang hasilnya sangat cantik menawan. terpikat tengok

    ReplyDelete
  2. menarik hasil kerja camni, macam macam boleh jadi bila tangan kreatif

    ReplyDelete
  3. alahai suka nya, comel je tengok bila dah siap.

    ReplyDelete
  4. look nice, gudluck for your artwork

    ReplyDelete

Powered by Blogger.