Saturday, May 21

Abang Bendahara berkongsi 13 Ciri Pemimpin


Dah acap kali tips ni Vv belajar masa menghadiri kursus anjuran GPMS beberapa tahun lalu . Disebabkan kurang berkongsi , Vv terlupa hampir separuh tips tersebut . Bila dapat tahu Abang Sarjen (a.k.a Bendahara Alam Warisan) berkongsi tips ni , cepat-cepat Vv masukkan dalam entry blogspot . Bukan apa , entry ni bagus untuk rujukan Vv di masa akan datang .

Perkongsian ini ditulis sendiri Abang Bendahara pada 12 May 2016 ...
Diharap dapat memberi manfaat kepada pembaca diluar sana.


Assalamualaikum, hari ini abg bendahara nak berkongsi 13 tips berkesan yang saya selalu amalkan dalam hidup dalam bekerja dan berniaga, yang abang yakin dan percaya ia juga mampu mengubah hidup anda semua.

Tiadalah yang lain harapanku agar kalian dapat memanafaatkanya dalam mengubah hidup kalian kerana hanya kita sahaja yang mampu mengubah nasib sendiri. 13 ciri ini juga menjadi teras sebagai pemanah yang baik berdasarkan sunnah yang ditekankan baginda saw.

Kepada anda semua samada pemanah atau tidak cuba amalkan dan hafalkan.
13 ciri pemanah sunnah / 13 ciri pemimpin


1. Ikhlas niat
  • Niat kerana Allah agar semua pekerjaan menjadi ibadat. Mudah masuk syurga, InsyaAllah. Amin.
  • Ikhlaskan hati kerana redha Allah sahajalah yang kita cari.
  • Kita akan mati, maka berbakti dan berilah yang terbaik dalam segala.

2. Kalimah syahadah.
  • Jaga kalimah, sebarkan kalimah, pertahankan kalimah walau apa jua keadaanya.
  • Kalimah ini kunci untuk bergeraknya kita demi agamanya.
  • Kalimah paling agung yang berkasih sayangnya kita adalah kerana kalimah ini dan tiada kejayaan melainkan cara Baginda SAW.

3. Solat 5 waktu secara berjemaah
  • Cuba amalkan-cuba sedaya upaya. Ia melatih disiplin diri, kemampuan untuk bertindak mengikut arahan dan istiqamah.
  • Akan masuk syurga tanpa hisab jika menjaga solat berjemaah.
  • Ekonomi dan rezeki Allah akan buka seluas luasnya bila kita semua jaga solat berjemaah.

4. Mengatur Gerak.
  • Aturlah langkahmu yang terkadang keliru.
  • Barang siapa yang gagal merancang maka dia merancang untuk gagal.
  • Jadilah perancang yang baik dengan mengenal diri kamu, mengenal kekuatan, kelemahan, peluang dan rintangan serta halangan.

5. Bergerak Dalam Kumpulan.
  • Dalam Jemaah ada kekuatan, jangan berpecah belah.Berpeganglah pada tali Allah.
  • Sebagai pemimpin belajarlah memberi arahan yang jelas dan jika sebagai pengikut pula taatlah. Dalam kepimpinan untuk taat itu amat dituntut.
  • Dalam kumpulan adanya keberkatan apabila keputusan diambil secara berkumpulan.

6. Bergerak dengan Licin dan senyap
  • Pemimpin yang baik harus licin pergerakkan setelah merancang dengan baik.
  • Senyap ini perlu dalam menjaga kerahsiaan baik dalam gerakan mahupun perniagaan.
  • Kecoh dan bising bakal dicaras bakal dicantas. Tiada berguna lagi. Ingat musuh ada disetiap selekoh dan sudut kehidupanmu.

7. Sanggup berjaga malam
  • Pemimpin yang baik harus ada pengorbanan, burn the midnight oil.
  • Berjagalah, bertahajudlah, merintihlah memohon pertolongan dan keampunan Allah, dan pada malam itu adanya percintaan dan pertolongan Pencipta dan hambanya.
  • Waktu musuh dan orang lain tidur kita merancang kita bergerak dan kita memanafaatkan masa yang ada. Dalam kubur boleh tidur lebih lama InsyaAllah.

8. Menyerang dari segenap penjuru.
  • Kena banyak ikhtiar
  • Kena buat segala yang mampu.
  • Masuk dari segala arah dan jangan cepat mengaku kalah. Serang sehabis habisnya, hidup hanya sekali. Ciptalah kejayaan dan ceritera cinta kamu yang paling agung.

9. Tangkas.
  • Tangkas berfikir, tangkas bertindak, tangkas dalam perkataan dan menaksir.
  • Ketangkasan ini perlu, jangan lembab kerana peluang itu sebentar sahaja persinggahanya.
  • Mereka yang tangkas selalunya lebih terkehadapan dan beruntung.

10. Beradab
  • Dalam ketangkasanmu bertindak, jagalah adab dengan ibumu bapamu keluargamu, jagalah adab dengan sahabatmu, alam-mu dan dengan Penciptamu.
  • Adab ini akan membentuk adat, adat yang bersendikan syarak, syarak yang bersendikan kitabullah.
  • Jagalah adabmu dengan semua disekelilingmu. Kamu lebih tahu.

11. Disukai kerana kecantikanya
  • Pemimpin dan pemanah yang Berjaya cantik budi bahasa, cantik akhlak dan perilakunya, cantik fikirnya.
  • Mereka yang menjaga kecantikan akhlak ini dunia akan tunduk padanya.

12. Disayangi kerana kasihnya
  • Segalanya bermula dengan kasih sayang.
  • Inilah kunci bahagia, berkasih sayanglah, maafkanlah, terimalah seadanya dan curahkanlah kasih dan sayangmu kepada yang lain sebagimana kita patut sayang dan kasih pada diri sendiri.
  • Iman sebenar benar beriman adalah mereka yang kasih kepada yang lain sebagaimana kasihnya pada diri sendiri.

13. Dihormati kerana setianya.
  • Kau kata setia? Kau kata kau sayang? Hanya Aku saja… tapi hilang kemana? (istilah bercinta… ingat, bercinta ini bukan merujuk kepada lelaki dan wanita, bercinta ini adalah untuk kita dengan yang Maha Esa.)
  • Setia kepada Agama bangsa dan tanah air. (jika anda baca sampai kesini, maka sharelah post ini utk manafaat semua dan komen setia didalam ruangan komen)
  • Tumbangnya kita kerana tidak setia…
  • Belajarlah untuk setia.


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon