Saturday, April 16

Upgrade "Bedak Sejuk" jadi "Sabun Sejuk Sedap"


[10 gambar] Tu dia siap pun sabun yang berasaskan bedak sejuk ni ! Ema bagi nama SEJUK SEDAP . Memang sedap pun pakai sabun ni kat muka . Lagi-lagi kalau jenis kulit muka berminyak dan berjerawat . Auchhh ! 

Sebenarnya , Ema pakai sabun ni beberapa bulan lepas tapi pakai sendiri la . Husband Ema pun suka pakai . Entah macam mana haritu terbuat extra , ada la baki seketul . Jumpa seorang kenalan ni , dia buka carwash kat Setapak , Ema bagi sabun yang extra tu kat dia sebagai hadiah . 

Dia kata sedap pakai kat muka. Dia nak cuba jual kat carwash . Hah apa lagi Ema excited la nak masak sabun lagi kan . Kiranya ni batch kedua Ema masakkan sabun bagi kat dia . Alhamdulillah rezeki ....


Sabun Sejuk Sedap ni dibuat menggunakan bedak sejuk (bahan utama) . Bedak sejuk diinovasikan menjadi sabun pencuci muka dengan kelebihan bedak mudah cuci dan tak perlu jadi hantu jepun malam-malam . Hahahaa ... 

Sabun Sejuk Sedap ini di 'upgrade' dengan khasiat daun rosemary untuk kecantikan dan aroma bunga ros merah untuk lebih kesegaran . Selain itu , Ema tambah vitamin C dan glutathione kedalam ramuan sabun yang dapat membantu menyihatkan kulit muka . 



Sabun ni kalau pakai kat muka dua bulan lebih tahan . Boleh juga pakai di badan , dalam sebulan je la . Berat sabun ni 140 gram , saiz agak besar berbanding sabun pencuci muka yang lain tetapi harga boleh tahan jimat .

Cuma pastikan sabun jenis ni tidak direndam dan dibiar lama dalam air . Sebolehnya carilah bekas TAK MENAKUNG air yang sesuai . Selamat mencuba Sabun Sejuk Sedap !


Happy SOAPing 
Memang seronok tau buat sabun sendiri !!!

Info lanjut : EMA 0136483362

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon