Thursday, April 21

Cara mudah & pantas memakai Bedak Sejuk

[12 gambar] Siapa suka pakai Bedak Sejuk sila angkat tangan ??? Kalau suka , kita memang geng la wei . Hahahaaa ... Yang baru nak berjinak memakai , dialukan baca entry ni . Mana lah kot-kot anda tersalah pakai bedak sejuk kat ketiak plak . Kahkahkah ....

 

Biasanya , orang akan pakai bedak sejuk time nak tidur malam . Jarang pakai siang sebab banyak lagi kerja lain kena buat daripada layan bedak sejuk ni . Warghhh wargh wargh ... So , harini Ema nak ajar sikit cara mudah memakai Bedak Sejuk .


Pilih mana-mana bedak sejuk kegemaran anda . Ada yang memilih homemade , bedak sejuk mokcun , bedak sejuk ekstrak daun pandan dan sebagainya , ikut suka hangpa lahhh . Asalkan ianya bedak sejuk ! Hihi


Ambil dua tiga ketul bedak sejuk . Lagi lebar muka , lagi banyak lah ketulan bedak sejuk yang diperlukan .  Berbeza kan muka pinggan dengan muka dulang ? Oleh kerana Ema  jenis muka pinggan , so Ema pakai dua ketul je lahh ... Hehehee


Titiskan air . Biasanya Ema titis dengan air masak , kalau dapat air suam lagi bagus .  Boleh juga nak titis air mawar . Dah titis air , picit dan penyekkan bedak sejuk tadi . Sebatikan dengan air titisan tadi . Anda akan lihat bedak sedikit lembik . Rupa dia macam tepung buat goreng cengkodok .


Lepas tu kan wei, anda tepek la kat muka camni . Tepek-tepek keliling mata sekali . Jangan pulak tepek dalam lobanggg idongggg plak ye ! Gila ke ... HAHAHAAA


Pastu tunggu la sampai dia kering . Selalunya kita akan buat benda lain sementara tunggu bedak tu kering . Part ni kadang-kadang Ema failed sebab ........


Kadang tu , dah syok buat kerja lain , Ema tangguhkan cuci muka . Bila mood tidur dah sampai , takde makna nak cuci muka daaaa , terus baring lelap sampai ke pagi ! Hahahaa ... 


Apabila dah tertidooo .......


Kalau rambut tu lawa takpe , ni serabai je dok tutup muka sekali . Nak nak yang jenis tidur lasak susah terjaga . Dengan muka penuh bedak macam tu , tambah plak bilik gelap sebab lampu ditutup , tak ke macam HANTU je rupa ???! Hahahaa ...


************

Ehhhhhh ... 

Ni Ema ada idea baru nak kongsi . Kalau anda rasa cara pakai bedak sejuk tadi dah cukup mudah , ni Ema nak kongsi cara yang lebihhhhhhhhhh mudah ! Perghh ... 

Caranya adalah Ema pakai je ....

"Sabun Sejuk Sedap"


Sabun ini berasaskan bedak sejuk pertama di Malaysia . Cuba google sikit , mana nak jumpa sabun bedak sejuk ni , takkan jumpa kan ? 


Sabun ni homemade . Bila dah kata homemade , memang susah la nak jumpa bahan kimia merbahaya dalam sabun ni . Yela kan , Ema bukan ada lesen nak dapatkan bahan mentah macam tu . 


Bahan utama yang digunakan adalah BEDAK SEJUK . Di-upgrade menjadi sabun bedak sejuk yang diberi nama SABUN SEJUK SEDAP yang memang sedap pun pakai di muka . Siap ada buih lagi tau uolls ! Wahhhh terujanya .   


Cara memakai SABUN SEJUK SEDAP seperti berikut:


Pegang sabun dengan sedikit air . 


Gosok kedua telapak tangan sehingga keluar buih sabun .


Gosok lembut buih sabun ke muka . Kemudian , bilas hingga bersih .

*
*
*
*
*

Okke tu je , siap dah . Senang kan ? Tak sampai lima minit pun . 

Selain memudahkan anda , SABUN SEJUK SEDAP ini juga membantu menjimatkan masa . Oh ye ! Walaupun tertidooo , anda masih comeyy loteh tanpa diejek seperti "hantu" oleh suami anda . Anda turut mendapat manfaat bedak sejuk pada masa yang sama .

Happy SOAPing 
Memang seronok tau buat sabun sendiri !!!

Info lanjut : EMA 0136483362

Artikel Terkait

5 Luahan Hati

Ada tak orang lelaki pakai bedak sejuk ? :D

siapa suruh...

Nk basuh ke lps kering atau biar smpai besok pg?

kalau pakai bedak sejuk, wajib cuci muka selepas keesokkan harinya. kalau pakai sabun bedak sejuk, 1 minit lepas tu dah boleh cuci, bilas aje dgn air bersih.


EmoticonEmoticon