Saturday, April 2

5 Senarai rumah termewah dunia, no.5 sangat dasyat !

Pernah kan kita dengar "Rumahku Syurgaku" ?? Abeh kalau takde rumah , duk pinggir jalan atau bawah jambatan pun dah jadi rumah kan . Hina macam mana pun sesebuah rumah tu , dah kira "istana syurga" bagi empunya milik .

Namun , untuk senarai 5 rumah mewah dibawah memang layak kita panggil istana . Vv nganga mulut je ni tengok , tak sedar ada lalat masuk . HAHAHAA ... jom layan zasss !



1. THE PINNACLE, AMERIKA


Pemilik rumah ini adalah Tim dan Edra Blixseth. Pasangan suami istri tersebut merupakan ahli perniagaan, developer, produser, bahkan penulis lagu. So , tak hairanlah bila keduanya sanggup membeli rumah yang begitu mewah.

The Pinnacle memiliki kemudahan 10 bilik tidur, gudang untuk menyimpan wine, kolam renang indoor/outdoor, serta resort ski. Rumah tersebut menghabiskan dana tak kurang dari $155 juta . Errr kalau duit Malaysia dah hampir RM 650 juta !



2. HEARST MANSION, AMERIKA

William Randolph Hearts membina sebuah rumah mewah di kawasan elit Beverly Hills . Rumah ini ada 29 bilik tidur dan dibahagikan kepada 6 kawasan luas (mencapai keluasan 6 hektar) . Hearts menghabiskan dana $165 juta untuk rumah tersebut ! Wahhhh ....

Selain itu, mantan Presiden Amerika yang ke-35 John F. Kennedy, pernah menghabiskan bulan madunya di tempat ini. Hearts Mansion juga berjiran dengan rumah Tom Cruise dan David Beckham.



3. FAIRFIELD POND, AMERIKA

Ira Rennert merupakan seorang pelabur dan ahli perniagaan . Diamengeluarkan wang sebesar $ 167 juta untuk membina rumah yang begitu luas dan megah. Istana seluas 63 hektar ini mencakupi arena basket, bowling, dua lapangan tenis, dan dua lapangan squash.

Bukan itu sahaja , Ira juga melengkapi kediamannya dengan 29 kamar tidur, 39 kamar mandi, dan ruang makan yang panjangnya mencecah 91 kaki. Banyak orang yang melihat rumah ini ibarat taman bermain sukan .



4. VILLA LEOPOLDA, PRANCIS
Tempat ini dibangunkan oleh Raja Leopolda pada tahun 1902 silam yang kemudian disempurnakan kembali. Berdiri di atas tanah seluas 29.000 meter persegi, Villa Leopolda memiliki 11 bilik tidur, 14 bilik mandi, tempat bowling, kolam renang, dan bioskop.

Itu semua belum termasuk taman yang ditumbuhi pohon zaitun, cemara, dan lemon. Konon untuk merawat taman tersebut, memerlukan sekuran-kurangnya 50 pekerja. Harga rumah mewah ini sekarang mencecah $460 juta , sebelum ini pernah dihuni oleh Bill Gates , pengasas Microsoft .



5. RUMAH ANTILLA, INDIA
Dan rekod rumah termewah di dunia masih dipegang oleh Mukesh Ambani . Didirikan pada tahun 2009 silam, Antilla memiliki 27 lantai dengan luas 570 meter. Uniknya, setiap lantai memiliki design yang berbeza-beza .

Rumah ini dilengkapi dengan 6 lantai hanya untuk tempat parkir, bioskop, perpustakaan, bar, gym, , dan masih banyak lagi. Harga rumah yang berlokasi di kota Mumbai tersebut kini mencapai angka $1.000.000.000.

-------------------------
Amacam ?? ngeri kan tengok harga rumah diorang . Apapun Vv salute la dengan idea dan kretiviti diorang yang akhirnya membawa kepada pembinaan rumah yang sebegitu cantik . Mungkinkahhhh dapat ku kesana melihat sendiri dengan mata kepalaku ,,, hihi

Artikel Terkait

1 Luahan Hati so far

Oke gan.. Kalau boleh nambahin sbg referensi juga untuk rumah termewah di dunia tahun 2016. Yaitu rumah yang dimiliki oleh warga francis di tepi laut medierania.


EmoticonEmoticon