Header Ads

Pengalaman pergi kelas belajar sabun di Publika

[14 gambar] Akhir bulan Februari , Ema pergi kelas d.i.y soap maker . Ni kali kedua Ema attend kelas belajar buat sabun . Yang first , boleh baca entry di Seronoknya Kelas Buat Sabun . Bezanya , kelas kali ni lebih advance sebab kita belajar cara guna lye . 

Lye sangat tinggi ph alkali , ada banyak sodium hydroxide atau natrium hidroksida . Dan term-term chemical yang Ema tak faham sangat . Apapun lye ni merupakan bahan utama untuk buat sabun . Semua jenis sabun homemade , sabun basuh baju , raja sabun dan segala bapak sabun di pasaran mesti ada lye .

Kelas diadakan di Mad About Coco , Publika . Pengalaman yang sangat menarik , kali ni lebih ramai pelajar 18 orang macam tu . For sure have fun laa . Kelas start jam 11 pagi dan tamat jam 5 petang . Makanan tengahari disediakan . Sesiapa yang berminat , boleh usha timing untuk next class kat Soap Artisan .


Ni la cikgu kami , Angel Chung . Dia juga merupakan tauke Soap Artisan yang mempunyai dua cawangan , iaitu di Publika dan One Utama . Dia berasal dari Taiwan . Dia menetap di Malaysia dan terlibat dalam bidang pembuatan sabun dan kosmetik hampir 10 tahun .  


Ema dibekalkan dengan note dan bahan-bahan membuat sabun sepanjang sesi pembelajaran . Tak cukup , boleh request . Nampak macam main masak-masak kan . Hahahahaa... Barang yang diguna buat sabun tak boleh campur aduk untuk memasak makanan pulak ya !


Di sebabkan lye ni sangat tinggi alkalinya , kena lah pakai sarung tangan . Kot terkena tangan tu , boleh terhakis atau melecur tau ! Selain tu , untuk jaga hygiene sabun kita . Kebersihan semua perlu dijaga . Betul kan ?? Yang ni , kena masukkan lye sedikit demi sedikit ke dalam air .

Peringatan : jangan masukkan air ke dalam lye . BAHAYA ! perlu masuk lye kedalam air , itupun sedikit demi sedikit . Kacau sebati 15 minit .


Ais + air + lye = dikacau perlahan-lahan sehingga semua sebati . Tu hah cikgu meronda-ronda . Siapa buat salah kena rotan dengan termometer . HAHAHAA


Time ni , Ema belajar sabun Shea Butter . Cara buat lebih mudah berbanding sabun susu segar . Apa jenis sabun pun, kena makesure , portion adalah betul . 


Selain itu, anda kena makesure suhu tak mencecah 45C . Kalau terlebih , consider sabun hangit dan akan menyebabkan sabun tak tahan lama . Jadi untuk kurangkan suhu , kena cepat-cepat kacau .


Lepas tu , letak essential oil , pilihlah apa-apa bau yang anda suka . Ema pilih grapefruit sebab suka bau buahan semulajadi . Kata nak buat sabun organik kan . Hehee ...


Sabun kedua yang Ema belajar buat harini ialah Sabun Susu Segar . Ye memang guna susu sebenar , nak ganti dengan Breast Milk pun boleh . Erk ! But seriously , memang boleh la , nak dengan taknak je , balik rumah anda perah sendiri . HAHAHAA .


Cara buat agak berbeza dengan yang sabun shea butter . Yang memula tadi ais + air + lye  kena kacau dalam satu bekas kan ? Untuk sabun susu ni , ais letak dalam satu bekas . Susu + lye kacau dalam satu bekas yang lain , bekas tersebut diletak diatas ais .



Bukan main kusyuk semua . Gigih betul .

 

Bila dah selesai tuangkan acuan tadi ke dalam mold sabun . Lap bersih-bersih guna tisu bekas tadi . Bekas TAK BOLEH direct basuh sebab lye akan menyebabkan sinki tersumbat . Ini kerana lye yang masuk dalam lubang sinki tadi akan mengeras secara perlahan-lahan . Selalunya mengambil masa seminggu nak mengeras .

Sebelum tamat kelas , kami sempat bergambar beramai-ramai . Will miss you all ohsem guys !


Disebabkan guna lye dan kita proses dari awal , kita perlu tuggu sehingga lebih kurang 45 hari supaya ph alkali menjadi lebih rendah dan sabun benar-benar boleh dipakai . Test guna kertas litmus jika perlu . Kalau terus guna , akan menyebabkan kulit muka terhakis . Sabun homemade ini sekiranya betul cara buat , boleh tahan sehingga tempoh setahun . WOW ! 

Setelah 45 hari ............


Keluarkan sabun tadi dan potong ikut suka anda . Sekarang dah boleh digunakan , khas untuk kulit sensitif macam Ema . Seronok kan rumah penuh dengan benda homemade ?? Hehehee ...


1 comment:

  1. nampak seronok pulak bila join kelas sabun homemade ni, teringin nak join

    ReplyDelete

Powered by Blogger.