Header Ads

Kenali Scam MLM, Pelaburan & Skim Cepat Kaya

Pernah ditarik oleh rakan atau kenalan untuk join Multi-level marketing (MLM), pelaburan Internet, sistem piramid, skim cepat kaya atau apa jua rangkaian untuk cepat jadi kaya? Kenali mereka sebelum anda menjadi mangsa Melayu yang seterusnya bakal kena scam.


1. Jual produk dengan harga yang tak masuk akal sedangkan harga produk yang sama dengan jenama lain yang dijual di pasaran terbuka tidaklah semahal yang dijual melalui MLM, seperti contoh sabun basuh yang kat supermarket jual RM10 tapi diorang jual sabun basuh sampai RM100. Kita bayar lebih sebab nak biaya bonus pada upline sahaja.


2. Kawan yang dah lama tak jumpa, tiba2 call kata nak jumpa kat kedai mamak, ingat nak lepak makan2 borak2 ke apa rupa2nya nak suruh jadi downline atau join network.


3. Suka tayang dan jaja kereta mewah tapi sesetengah tu ntah apa benda yang dijual langsung tak tau.


4. Suka bergambar dengan duit lepas tu upload kat Internet. Kalau orang yang betul2 kaya dengan cara yang betul takdenya heran sangat nak tayang duit kat orang. Tak pernah lagi aku tengok Syed Mokhtar Bukhary atau Vincent Tan bergambar dengan duit.


5. Suka post kata2 motivasi pasal perniagaan dan petik hadis popular "9/10 daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan" tapi bila tanya buat bisnes apa, dia jawab "PM aku laju2". Orang kalau berniaga diorang akan promote produk yang dijual, kalau takde produk nak berahsia2 itu bukan berniaga tapi pelaburan atau skim cepat kaya.


6. Ya, sangat suka guna hadis 9/10 rezeki dari perniagaan, tapi tak tau pun yang hadis tu sebenarnya hadis dhaif (rujukan sini, sini dan sini). Berniaga memang sangat bagus dan digalakkan tapi tak perlu gunakan agama untuk menarik orang beli atau join.


7. Menjanjikan keuntungan yang tinggi dan tak masuk akal dalm tempoh2 tertentu. Mula2 tabur janji manis setiap 3 minggu akan dapat keuntungan, elok beberapa bulan lepas tu kepala dia terus lesap. No. phone tukar, website hilang, tau2 bukak skim dengan nama yang lain pulak, dan begitulah kitarannya.


8. Buat seminar jual air liur macam mana nak jadi kaya, nak jadi jutawan, cungkil rahsia tarikh lahir, magnet duit, tapi ramai yang tak sedar yang dia tu kaya sebab wujud orang2 yang nak jadi kaya sanggup habis beribu riban pergi dengar ceramah dia.


9. Bila ada orang cuba persoalkan, diorang akan terus melenting kata kita dengki dengan kejayaan orang, tak suka tengok orang Melayu kaya, suka menjatuhkan ekonomi orang Melayu dan sebagainya, tapi bila owner/founder diorang hilang, lesap atau kena serbu Bank Negara, terus senyap.


10. Orang Melayu paling ramai didungukan. Ada yang sanggup buat pinjaman peribadi dengan bank dan guna kad kredit semata2 nak berniaga MLM, melabur atau beli kereta mewah, last2 kena tipu bodoh2 je... kesian ramai yang sanggup menipu dan sanggup kena tipu.


Betul2 nak berniaga? Belajar dari orang yang betul2 berniaga. Say NO to MLM dan apa jua skim yang seangkatan dengannya.

KREDIT: buasirotak.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.