Thursday, March 10

Buat Kad Kahwin sendiri, siap ada peta doodle tau.

 

[17 gambar] Yuhuuu Ema kembali semula di bawah label "Hobi" Ema Artwork & Simple Hobby . This time around , Ema nak highlight sikit tentang cara-cara melukis peta pada kad kahwin edit sendiri . Kononnya homemade gak la ni , heheheheee .... Biasanya peta pada kad kahwin bersegi-segi kan? Kad kahwin Ema comel sikit lah sebab lukis doodle je. (Eh perasan!)

Peralatan yang diperlukan :
  • Kertas kosong untuk dilukis
  • Pensil, pemadam & alat tulis yang lain jika perlu
  • Warna pensel (ikut suka anda kalau lebih suka guna crayon, kaler magic, cat air lah kan!)
  • Kemudahan komputer untuk edit ke fail JPEG / PNG
  • Kamera handphone (mana yang advance boleh guna kamera DLSR) 


Buat lakaran jalan ke rumah majlis perkahwinan anda, titikberatkan landmark penting dengan memberi lebih ruang (tidak sempit) supaya anda dapat lukis dengan jelas



Double paint dengan menggunakan pen. Unless anda memang pakar melukis, tak macam Ema ni memang kena guna pensel sebab dah nak dekat 10 tahun tak melukis. Tangan dah keras, HAHAHAHAAA



Lukiskan rumah anda, mainkan warna tertentu supaya nampak lebih ceria.



So, lebih kurang macam ni lah rupa rumah yang siap dilukis. Ikut suka lah nak lukis rumah tradisional ke, banglo 10 tingkat ke, rumah atas bukit ke... Asalkan orang faham, lukisan anda tu menunjukkan gambar rumah ya!



Siapkan peta jalan, landmark tertentu, biasanya gambar visual lebih mudah daripada kad yang penuh tulisan. Kann? i think so sebab Ema is type of visualization punya orang. Kihkihkihh



Anda boleh pilih nak edit tulisan lepas masuk dalam fail PNG atau JPEG . Atau nak buat tulisan awal-awal, jadi nanti tak perlu nak edit lagi bila fail dah kat dalam komputer. 

Anda juga boleh pilih untuk buang ruang yang berlebihan dengan cara mengunting, mengoyak, menggigit, mencubit dan sebagainya. Ema memilih untuk koyakkan je sebab time tu lupa letak gunting kat mana. HAHAHAHAAA



Bila dah buang ruang yang berlebihan tu, letakkan cebisan peta yang tinggal diatas permukaan rata. Permukaan ini mestilah mempunyai warna kontra dengan peta anda supaya memudahkan kerja editing. Ema meletakkannya diatas kadboard hitam.

Tangkap gambar guna handphone. Masukkan (transfer) file gambar tadi kedalam PC anda. Lebih mudah edit dengan gunakan Adobe Photoshop dan crop sekitar peta tadi. Simpan dalam file PNG.



Google internet dan cari gambar extra yang boleh anda guna untuk menambah seri. Ema memilih pokok doodle dan sedikit jambangan bunga. Lepas tu Ema cari background papan hitam dan tulisan kraf Bismillah.... Cukuplah tak perlu nak crowded jika anda seorang yang simple.

Buka aplikasi yang anda selesa untuk edit kad kahwin anda. Dan seperti sebelum ini, Ema akan gunakan Microsoft Word sepenuhnya untuk kerja-kerja mengedit. Nak buat macammana kan, tu je basic editing file yang Ema tahu. HAHAHAHA... 



Selain Word, boleh guna paint dan ofcos guna Adobe Photoshop lebih proper lah (bagi yang tahu guna).Ema tetap setia dengan Word sebab tahu guna tu aje~ Setting saiz kad yang anda mahukan. Besar ke kecik ke, terpulanglah mahu jadi hantu atau jadi buaya... HAHAHAA



Insert background yang anda cari tadi. Ema guna chalkboard sebagai background. Well i loike!



Masukkan gambar-gambar yang anda google tadi dan susun ikut kretiviti anda. Yang ni, tak perlulah tanya Ema sebab anda lebih tahu citarasa diri anda kan. Hehehehee... Save file anda sebagai PDF dan send ke bahagian pencetakkan untuk kerja-kerja yang seterusnya.



Kebanyakkan syarikat pencetakkan kad kahwin boleh mencetak terus menggunakan file PDF, dan sesetengahnya tidak boleh. Penting untuk anda double confirm dengan mereka file apa yang akan mereka terima. Mudah sahaja, PDF tadi boleh diconvert ke fail imej lain.



Tips Buat Sendiri Kad Kahwin:
  • Melukis dengan jelas 
  • Elakkan kad terlalu crowded supaya kad mudah dibaca
  • Peka dengan gabungan warna tertentu
  • Survey harga mencetak kad kahwin untuk mengelakkan kos berlebihan
  • Mencetak kad mengikut jumlah jemputan majlis


Selain kad ini, Ema juga menyediakan kad kahwin untuk majlis bertandang pihak pengantin lelaki. Tema bunga ala-ala garden la sangat. Hahahaa... Apepun happy edit ya and be proud of your artwork. Salam sayang dan terima kasih kerana sudi membaca.

Artikel Terkait

1 Luahan Hati so far

Assalamualaikum,

blogoftlp mohon kebenaran untuk kongsikan entri ini di blog kami.


EmoticonEmoticon