Saturday, March 26

4 Tips Safiey Menulis Status FB


Ramai juga share tips cara penulisan status di FB . Cumanya , Vv rasa tips SI ni paling mudah difahami . Tak complicated . Tujuan Vv post entry ni untuk ingat Vv sebab mudah cari . Harapnya untuk pembaca yang lain , boleh dijadikan panduan juga .

Boleh follow FB jutawan muda ni , klik sebelah ya ---> Safiey Ilias . Bagusnya dia ni selalu kongsi tips business , pemurah orangnya tak lokek ilmu . Moga success selalu , Vv doakan kejayaan Safiey ya . Berikut merupakan tips yang dia kongsikan ....




Nak tahu tips pandai menulis status di FB ? Supaya apa kita tulis ni orang baca dan dapat manfaat ! Ini bagus tau sebab naikkan personal branding yang pengasas jutawan dok buat !
Rata-rata hairan kan bagaimana saya boleh menulis dengan begitu hebat di wall ?? Lagi-lagi status yang saya tulis begitu mendalam masuk ke dalam jiwa anda ! Begitu kena tepat pada muka !
.
Menjadi seorang pembahas sekolah dan juara pidato kebangsaan banyak ajar saya benda ni . Saya boleh bercakap secara spontan 3 minit pada tajuk yang diberikan ! Pernahlah dapat tajuk "khazanah bangsa tunjang keharmonian negara". Saya dengan relaks boleh terangkan tajuk ni tanpa tersekat ! 3 minit boleh cakap . Dia bagi 10 minit lagi saya suka ! Ok taknak cakap banyak macam angkat bakul sendiri pulak (bangga) .
.
Saya cuma gunakan 4 teknik ni . Tapi setiap satu ada perkaitan . Kiranya 4 perkaitan . Yang mana tolong jangan campur aduk dan jangan lari tajuk ! Anda mgkin boleh guna teknik 1 dan 4 pun boleh ! Nak status panjang tulis semua 1-4 !

  1. Mulakan dengan memberi hint apa nak tulis . Contoh nak cakap pasal zakat . Bagi hint banyak orang gagal sebab benda yang nampak remeh ni ! Betapa ramai mungkin taktahu benda ni dan taktahu kira ! Contoh status saya sekarang , saya mula-mula dah bagi tahu berapa ramai lemah nk menulis status bermanfaat di FB ! Sebab tu saya buat persoalan . Biasanya mulakan dengan ayat negatif (turning point) .

  2. Kemudian buat 1 analogi (perkaitan/perumpamaan) . Boleh kaitkan tentang pengalaman sendiri ATAU org sekeliling . Contoh : saya sendiri pernah habis RM200k sebab benda ni ! Ya Allah . Tuhan je tahu . ATAU saya pernah nampak org yg kaya sendiri jadi miskin sebab abai benda ni . Contoh status skrg , saya bg tahu anda pasti hairan mcm mana saya boleh tulis status bagus . Saya cerita pasal pengalaman saya waktu sekolah dlu jd pemidato .

  3. Beri fakta ! Fakta tahu ?? Fakta ni macam statistik , hadis , kata-kata hikmah atau apa-apa jua perkara yang anda beri sokongan pada perkara yang anda nak cakap . Contoh : hadis ada sebut ...... Contoh status sekarang , saya terus bagi fakta tentang teknik saya guna !

  4. Baru sebut pasal tajuk utama contohnya zakat . Kemudian huraikan lagi sikit , tadi ayat 1st dah tulis yang negatif kan , now tulis yang positif . Ajak orang berzakat ! Bagi tahu orang kebaikan zakat . Betul ?? Atau contoh status sekarang , baca kat bawah nanti . Ini turning point yang lagi 1 . Ayat atas negatif , ayat bawah positif . Saya suka tulis negatif dulu untuk tangkap orang baca , sebab nya orang kita memang suka benda negatif dulu !
.
Ni la teknik saya gunakan . So siapa yang tak reti menulis tu , boleh guna teknik saya yang tak seberapa ni . Penting sangat-sangat kita tulis ayat menarik dan bermanfaat supaya orang follow kita , suka kita , dan naikkan personal branding kita . Lagi seronok ? Dapat pahala ! --> nampak tak saya baru cerita pasal kebaikan buat status baik ni , ni teknik ke 4 .

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon