Sunday, March 6

20 Senarai Orang Terkaya Dunia 2016 - Majalah Forbes

[21 gambar] Majalah Forbes kembali menyenaraikan orang terkaya di dunia pada tahun 2016 . Merujuk kepada majalah kewangan Amerika Syarikat itu , usahawan di bidang teknologi mendominasi kekayaan . Sebanyak 159 usahawan teknologi masuk ke dalam senarai tersebut .

Forbes juga menjelaskan bahawa terumbang ambingnya pasaran saham , juga faktor ekonomi yang agak perlahan serta turunnya harga minyak dunia membuat deretan orang terkaya di dunia berubah .

Untuk kali pertama sejak 2009, jumlah jutawan berkurang menjadi 1.810 orang berbanding tahun sebelumnya 1,826 orang. Dari jumlah tersebut 892 orang mengalami penurunan kekayaan. Jumlah kekayaan kesemua orang terkaya dunia itu mencapai US $ 6.48 trilion bersamaan dengan RM25.92 trilion . Ini bermakna , jumlah tersebut berkurangan sebanyak US $ 570 bilion (RM 2.28 trilion) .

Orang yang mampu terus bertahan dalam senarai orang terkaya di dunia , iaitu usahawan Microsoft, Bill Gates . Selama tiga tahun berturut-turut dia menduduki tempat pertama orang terkaya dunia. Kekayaan Bill Gates mencapai US $ 75 bilion , masih tempat pertama walaupun hartanya berkurang US $ 4.2 bilion .

Ketika jutawan lain mengalami penurunan kekayaan , usahawan Facebook Mark Zuckerberg mengalami kenaikan kekayaan. Kekayaan pengusaha berusia 31 tahun bertambah sebanyak US $ 11.2 bilion . Tahun ini Mark menduduki tempat keenam orang terkaya di dunia berbanding sebelum ini yang hanya tersenarai di kedudukan 16 .

Selain Mark , orang kaya baru yang memasuki senarai adalah produser filem, Cameron Mackintosh dan Miguel McKelvey . Adam Neumann , Pinterest Ben Silbermann dan Even Sharp termasuk dalam senarai jutawan berumur bawah 40 tahun . Kemudian jutawan termuda iaitu Alexandra Andersen yang memiliki 42 peratus saham dalam perniagaan keluarganya , jutawan kedua termuda adalah adik Andersen bernama Katharina.



BERIKUT 20 SENARAI ORANG TERKAYA DI DUNIA VERSI FORBES:
  1. Bill Gates - US $ 75 bilion
  2. Amancio Ortega - US $ 67 bilion
  3. Warren Buffett - US $ 60.8 bilion
  4. Carlos Slim Helu - US $ 50 bilion
  5. Jeff Bezos - US $ 45.2 bilion
  6. Mark Zuckerberg - US $ 44.6 bilion
  7. Larry Ellison - US $ 43,6 bilion
  8. Michael Bloomberg - US $ 40 bilion
  9. Charles Koch - US $ 39.6 bilion
  10. David Koch - US $ 39.6 bilion
  11. Liliane Bettencourt - US $ 36.1 bilion
  12. Larry Page - US $ 35.2 bilion
  13. Sergey Brin - US $ 34.4 bilion
  14. Bernard Arnault - US $ 34 bilion
  15. Jim Walton - US $ 33.6 bilion
  16. Alice Walton - US $ 32.3 bilion
  17. S Robson Walton - US $ 31.9 bilion
  18. Wang Jianlin - US $ 28.7 bilion
  19. Jorge Paulo lemann - US $ 27.8 bilion
  20. Li Ka-shing - US $ 27.1 bilion


















Artikel Terkait


EmoticonEmoticon