Header Ads

Rumah burung mama yang lawa & tips membuatnya.


[13 gambar] Beberapa hari lalu, mama kami ada buat rumah untuk burung. Lisa dapat bagi ukuran dan gambar setelah siap. Dek kerana terleka melayan mama, Lisa terlupa nak ambil gambar step by step. Sedar-sedar dah siap dah rumah burung yang mama kami buat.

Rumah burung merupakan satu cara untuk menikmati kicauan burung. Cara ini sudah banyak kali dibuat para penggemar burung di Eropah serta Amerika Utara. Ia mudah dilakukan, terutama jika halaman atau pekarangan rumah anda sering dikunjungi oleh berbagai jenis burung. 

Dibawah ini merupakan peralatan yang mama gunakan untuk buat rumah burung.


Ukuran yang diberi hanyalah untuk rujukan sahaja. Anda boleh adjust ikut suka. Apa pun, rancang dulu design yang akan anda buat supaya pembaziran dapat dielakkan.

Ukuran untuk buat rumah burung warna hijau adalah seperti berikut:







Ukuran untuk buat rumah burung warna coklat adalah seperti berikut:










TIPS BUAT RUMAH BURUNG
  • Jangan letak makanan dalam rumah burung. Makanan menarik pemangsa dan serangga! Lagipun, burung liar pandai mencari makanan sendiri.
  • Kebanyakan burung suka warna, tekstur, dan bentuk seakan semulajadi. Rumah burung yang kasar, tidak di cat, bentuk yang tidak simetris, adalah yang terbaik mengundang mereka untuk hidup di halaman rumah anda. 
  • Membuat atap yang kalis air adalah idea bagus, namun perlu dibuat lubang-lubang kecil di bahagian bawah rumah burung untuk pembuangan air. Air hujan yang masuk kedalam, boleh mengalir keluar. Peredaran udara juga membantu meminimumkan serangga.
  • Tambahkan beberapa inci pecahan kayu atau habuk kayu di bahagian bawah rumah burung untuk ‘chickadee’ dan 'woodpecker’ untuk mendorong mereka bersarang.
  • Ini adalah hadiah yang bagus untuk si pencinta alam, tukang kebun atau untuk orang tertentu!

PERINGATAN
  • Jangan mengecat atau mewarnai bahagian dalam rumah burung.
  • Jangan gunakan kayu yang di rawat, kebanyakannya mengandung bahan kimia yang berbahaya seperti arsenic yang dapat meracuni burung yang tinggal didalamnya.
  • Jangan gunakan gam kuat (super glue). Boleh mencair jika cuaca terlalu panas.
  • Burung biasanya mencari tempat bersarang dengan ciri-ciri yang spesifik. Jika membuat rumah burung terlalu besar, ukuran pintu masuk, tingginya serta jarak dari tanah, tidak sesuai dengan jenis burung tertentu, maka kemungkinan besar rumah burung akan terus kosong.
  • Kalau anda memiliki kucing, atau kucing sering masuk area rumah anda, letak rumah burung di tempat yang susah dicapai kucing. Biasanya lebih selamat jika rumah burung diletak pada ketinggian yang cukup agar tidak mengundang pemangsa.
Selamat mencuba....

1 comment:

  1. alahai suka nya, comel je tengok bila dah siap.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.