Saturday, February 27

Kronologi kisah viral Pelamin Jimat Guna Tisu

 

[6 gambar] Entry kali ni mungkin lebih kepada seni mengolah ayat dan buat karangan panjang. Hahahaaa . Dan fokus utama entry ini lebih kepada mengupas kronologi pelamin tisu :
  • Mei 2015 - survey jenis-jenis backdrop untuk servis photobooth , jumpa backdrop tisu mat salleh buat , buat pakej photobooth Veto Selfy .
  • Jun-Oktober 2015 - promote backdrop TISU kepada customer , malangnya tidak mendapat sambutan . Mereka kata ianya tak cantik! Hohohooo .. Ramai memilih photobooth "Bunga Kipas" dan "Chalkboard" . Dalam hati , Ema tetap rasa backdrop tisu lebih cantik berbanding yang lain .
  • November 2015 - stop servis photobooth buat sementara waktu bagi memberi peluang buat persediaan majlis perkahwinan sendiri
  • Disember 2015Ema memilih backdrop tisu , namun kekurangan sumber rujukan . Agak berani-berani-takut disitu , risau tak jadi . Tapi jauh disudut hati , Ema redha dengan segala kemungkinan . Mula survey harga barang DIY murah . 
  • 31 Disember 2015 (Khamis) - Waktu ni dah ramai orang blok yang datang membantu set up khemah , merewang dan sebagainya . Kenduri Ema buat di rumah . Pelamin pasang di bahagian koridor . Mula buat pelamin pada waktu petang dibantu oleh Lisa Virago dan Yati Yaya . Ada yang sokong , ada yang kutuk . Hahahahahaaa biasalah tu , tadah telinga je . Jangan cakap apa-apa . Dah siap nanti , baru komplen ya .
  • 1 Januari 2016 (petang Hari Nikah) - The feedback? Yes its very positive . Tetamu yang hadir waktu Ema nikah terkejut panda bila tahu Ema gunakan tisu untuk pelamin . Siap ada yang tarik-tarik keluar tisu sebab tak percaya ianya TISU ! Dan paling tak sangka kos DIY pelamin hanya RM200 ! 
Is that possible ? Absolutely sebab kos tisu tak sampai pun RM30 , pakai langsir lama cuma tambah beberapa meter untuk cukupkan kiri kanan , peralatan semua pinjam ayah punya , pasu pinjam mak punya , bunga hiasan beli 10 batang (sebatang lima kuntum RM3.50) . Pentas guna papan meja yang telah dimodified dan semua serba serbi guna pakai apa yang ada dirumah ! HAHAHAAA . RM200 tu termasuklah sewa kerusi dengan mak andam RM100 .

  • 2 Januari 2016 (majlis perkahwinan) - Lebih ramai yang terkejut panda daripada yang terkejut semalam . Sebab tetamu yang hadir kali ni dikalangan sahabat jauh dan dekat belajar masa di UiTM dulu , saudara-mara , saudara belah suami , orang kampung dan lain-lain . Time ni , Allah je tahu betapa Ema rasa tersangat lega sebab pelamin Ema ikut piawaian juri awam . HAHAHAHAAAA
Yang kelakarnya , member dah puji kali pertama nampak pelamin . Alhamdulillah Ema kata terima kasih , tu buat daripada tisu tu , buat sendiri ! Cakap sambil sengih-sengih kerang . Lepas tu, diorang berlari tengok semula pelamin sebab tak percaya dan datang balik pada Ema sambil puji kali kedua . Majoriti soalan pertama yang keluar ialah "macammana kau buat pelamin tisu ni??" Maka , dari situlah terfikir untuk berkongsi tentang Pelamin Jimat Guna Tisu di media sosial .

  • 12 Januari 2016 - Entry tentang pelamin guna tisu mula di post di Facebook . Mula mendapat perhatian orang ramai bila member start tekan button share ! Yang seterusnya , we call it as VIRAL atau VIRUS . Luckily , Ema got massive positive feedback from readers or even keyboard warrior . 


Beberapa website yang buat entry tentang Pelamin Jimat Guna Tisu :


dan beberapa website yang lain. Terima kasih Ema ucapkan kepada semua kerana sama-sama menghebahkan diy pelamin jimat guna tisu . Semoga lebih ramai mendapat manfaat .

  • 23 Januari 2016 - di interview dengan wartawan Harian Metro . Tak sabar nak beli paper hari Isnin sebab muka first time keluar paper , HAHAHAHAAA ! Berikut beberapa conversation telah dipendekkan . Excited kan , ye Ema memang seorang yang excited . Hihi  

  • 25 Januari 2016 - artikel khas mengenai pelamin tisu ni ada disiarkan melalui internet di hmetro.com.my . Ema nak feeling-feeling retis kejap so cepat-cepat pergi kedai cari muka sendiri kat surat khabar . Hahahaa . Jadi untuk kesekian kalinya setelah seminggu TAK BELI paper , harini Ema pergi beli metro . Terima kasih penulis artikel , Fatihah luniafatihah@gmail.com

Hampir 35+ orang request tentang servis ni , tapi kan... Ema tak dapat buat sebab terikat dengan komitmen kerja lain . We are sorry sayang !


Apa pun sebenarnya , hidupkan untuk memberi . Konsep memberi termasuklah dalam pertukaran ilmu . Bertukar ilmu tak sama dengan bertukar harta . "Contohnya : Saya ada RM 1 , awak ada RM 1 . Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu , kita masih lagi ada RM 1 masing-masing . Tapi , kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu , kemudian kita betukar-tukar ilmu itu , masing-masing akan ada 2 ilmu ." Kann ? Sekian , terima kasih kerana sudi membaca .

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon