Header Ads

Gubahan bentuk kerusi menggunakan kain tuala.


Masih ada yang pm bertanya cara buat sesetengah gubahan hantaran Ema . Antara yang menjadi tarikan adalah gubahan kain tuala menjadi sebuah kerusi . Bukan kerusi biasa tau , tetapi sebuah kerusi pelamin . Well kena pada konsep wedding kan ... Hahahaaa


Untuk gubahan kali ini , Ema  tiada ukuran yang fix sebab main hentam buat on the spot . Asalnya tuala tu nak jadikan bentuk itik , tetapi itik berkesan dengan menggunakan gula-gula (kalau ikut ideologi Ema lah kan , HAHA!) . Anda boleh usha entry gubahan itik gula-gula .  Jadi , anda agak-agak je lah ukurannya dengan melihat pada lampiran gambar dibawah ya . 

 

Potong ikut kelebaran bahagian "tempat duduk kerusi" . Gunakan kertas keras terpakai, boleh guna kotak kasut dan kotak-kotak yang sewaktu dengannya. Asalkan ianya jenis keras. 


Lipat tuala ikut kelebaran kertas yang dipotong tadi. Ohya kertas tadi dimasukkan dalam bahagian lipatan ya!


Pastikan hujung ke hujung sama lebar untuk mengelakkan "kerusi" anda senget sebelah . Unbalance a.k.a ketidakseimbangan menyebabkan kerusi anda nampak lucu dan aneh. Hahahahaa


Jahit jelujur supaya lebih kemas . Jahit sebelah bahagian sahaja .


Lebih kurang macam ni la . Harap anda faham setakat ni kerana ada beberapa bahagian yang lebih complicated . Jeng jeng jeng ... tapi kalau faham , insyaAllah senang je buat gubahan ni .


Gumpal-gumpalkan dan sumbat kain perca ke dalam bahagian lipatan ,


Poncot di tengah-tengah . Bentukkan petak kononnya ni lah "kusyen" kerusi pelamin tadi . Heheheheee ....


Lipat membentuk "pemegang" kerusi . Agak-agak je lahh ya , Ema nak cerita pun tak reti sangat . Harapnya anda faham lah dengan hanya melihat pada gambar .


Potong kertas membentuk "tempat bersandar" kerusi . 


Guna jarum peniti atau terus jahit untuk cantumkan hujung "pemegang" dengan " tempat bersandar .


Okke dah nampak sikit rupa kerusi . Kihkihkihhh ... 


Bentukkan kotak yang sama lebar dengan saiz lebar kerusi setelah ada "pemegang" . Tolong recycle apa yang dirumah , jika perlu , tak perlu beli baru . 


Tindihkan kerusi tadi di bahagian atas kotak . Kemaskan kiri kanan atas bawah .


Untuk tambahan assesori , Ema menggunakan tali kilat dan paku tekan , seperti gambar dibawah .


Sekian terima kasih , harap membantu anda .

3 comments:

  1. alahai kenapa comel sangat tuala ni

    ReplyDelete
  2. alahai suka nya, comel je tengok bila dah siap.

    ReplyDelete
  3. look nice, gudluck for your artwork

    ReplyDelete

Powered by Blogger.