Header Ads

Doorgift esklusif, buat corak sendiri pada gelas


[8 gambar] Well this is simple gift for the best 30 ohsem person yang banyak membantu masa wedding Ema (team Ema) pada tanggal 2 Januari 2016 yang lalu. 

Honestly, it cost one glass for only RM 2.50 (selepas di "renovate") . Jimat kann?? Ups i talk about special gift, bukan goodies. Why glass? Can use everyday, BUKAN simpan dalam almari sekadar hiasan, buat pekasam & ternak habuk. Hahahaa... gelakk syaitoon. The best part, that glass got sentimental value with handmade design. 

Berikut merupakan peralatan yang diperlukan:

  • Gelas tanpa apa-apa corak, seeloknya dibuat daripada kaca dan seramik (beli di kedai DUA ringgit dengan tambahan 12sen gst).
  • Pen warna yang bersesuaian, boleh tanya tauke kedai. Minimun harga RM 4/batang.
  • Spray cat yang bersesuaian, Ema gunakan spray coating untuk coating kereta. Biarnya kedai jual satu botol RM 8. Sikit je pakainya, boleh guna pada kraftangan lain.
  • Plastik jernih keras,
  • Gunting/ Pisau, Pen, Salotape dan lain-lain jika perlu

Gelas yang telah dilukis pada peringkat satu. 

Untuk pengetahuan anda, corak dibuat terlebih dahulu diatas kertas lain dan dimasukkan ke dalam gelas. Ema lukis di bahagian luar gelas (dengan mengikut garisan di kertas) dan mewarna ikut kegemaran.

Untuk bahagian tulisan, anda dinasihati berhati-hati kerana Ema paling banyak buat kesalahan ejaan dan saiz huruf terlebih besar atau kecil. Ingat! Jika silap buat, anda terpaksa kikis untuk menghilangkan comot pada gelas.

Lakarkan tulisan yang akan anda buat. Untuk tulisan besar, Ema potong tulisan satu persatu guna pisau cutter. Hati-hati ya guna pisau ni, sangatlah tajam oi, tak pernah menghampakan Ema .
Beginilah kesudahan plastik keras yang ada tulisan tadi. "Thank You" "Family 54" telah ditebuk. Huruf "e" je yang ditebuk untuk keseluruhan ejaan "emahader 2116"

Lekatkan plastik keras pada gelas, gunakan salotape yang sesuai. Pastikan tidak bergerak supaya memudahkan awak menulis semula ikut kawasan yang ditebuk.

Sekarang tengoklah hasilnya. Hampir siap, simple dan mudah kan! Setelah dipastikan corak yang diinginkan siap dilukis, spray satu permukaan dan jemur sekurang-kurangnya setengah jam dibawah panas matahari atau letak bawah kipas.

**************************************

Simple gift dah siap sepenuhnya. Balut dengan kain net dan ikat dengan reben untuk menambahkan seri. Ema tak balut pun, dah kata simple kan, hehehee... Gelas tu Ema masukkan sekali dalam beg goodies berisi air mineral dan keropok untuk diberi kepada 30 orang tadi.

Amacam? Anda faham kan setakat ni? You can do your own design too! Can try on plate, mug, frame etc. Tambah pulak boleh basuh sental kekuat, tahan lasak, yang penting its made by you! Kalau hantar kedai kos printing pada glass dah jadi RM 8 - 12 each , TAK termasuk harga glass tau! 

No comments

Powered by Blogger.