Sunday, February 28

16 Kota Mati Yang Ada di Dunia

Ternyata bukan hanya di dalam filem - filem fiksyen Hollywood yang biasa kita tonton , tapi , bandar - bandar mati tersebut benar - benar wujud di dunia .

Buat peminat filem - filem zombie Hollywood , pasti anda tahu salah satu adegan khas yang hampir pasti selalu muncul di setiap filemnya ? Ada adegan yang menceritakan suasana dan keadaan sebuah bandar yang ditinggalkan penduduknya .

Beberapa filem tersebut bahkan menggambarkan bandar - bandar mati itu penuh dengan serpihan dan runtuhan , tanpa penerangan , gelap gelita , serta ditampilkan dengan pelbagai kesan kamera dan proses editing yang justru menimbulkan kesan menyeramkan .

Bandar yang ditinggalkan penduduknya kerana bencana atau matinya industri ini mempunyai sekelumit keindahan yang bahkan menjadi buruan para jurugambar ternama dari berbagai dunia .

Berikut adalah 16 bandar mati paling indah yang benar - benar ada di dunia , sebagaimana yang kami kongsi daripada brilio.net . :


1. HASHIMA ISLAND, JAPAN

Pada 1800 - an yang lalu , pulau ini sangat ramai dan padat didiami penduduk kerana adanya lombong arang batu bawah lautnya . Namun sejak kawasan perlombongan ditutup tahun 1974 , warga satu per satu mula meninggalkannya sehingga menjadikannya ' mati ' . Kalau kamu teliti lagi , bandar ini sempat muncul dalam filem aksi James Bond , Skyfall .


2. VILLA EPECUEN, ARGENTINA
Dulunya terkenal sebagai bandar dengan resort indah . Malangnya banjir besar pada tahun 1985 membuatkan dam berdekatan hancur dan memusnahkan bandar ini . Sejak saat itu bandar ini tak pernah pulih lagi hingga sekarang .


3. HUMBERSTONE, CHILE
Dulunya , kawasan ini merupakan pusat perlombongan nitrat yang sangat berkembang . Namun kerana penemuan sintesis ammonia yang dilakukan oleh para saintis menjadikan bandar ini bersama kota jiran , Santa Laura muflis dan mula ditinggalkan warganya .


4. BODIE, CALIFORNIA
Bandar Bodie dulunya adalah sebuah bandar yang sangat ramai kerana emasnya yang sangat banyak . Namun setelah jumlah emas menipis dan akhirnya habis , tepatnya sekitar tahun 1915 , bandar ini mula ditinggalkan warganya sehingga terkenal sebagai lokasi berhantu di California , Amerika Syarikat .


5. SIMACEM, INDONESIA
Simacem merupakan sebuah desa di Kecamatan Naman Teran , kabutan Karo , Provinsi Sumatera Utara . Bandar desa ini kemudian mulai ditinggalkan sepenuhnya sejak letusan gunung berapi yang kelihatan berada di belakang bandar ini .


6. SAN JUAN PARANGARICUTIRO, MEXICO
Bandar ini sendiri menjadi ' mati ' sejak meletusnya Gunung Paricutín di tahun 1942. Bandar San Juan Parangaricutiro sendiri merupakan sebuah bandar kecil yang berada tepat di sebelah gunung tersebut . Sedih !


7. RENAISSANCE ISLAND, UZBEKISTAN
Sempat menjadi tapak percubaan senjata biologi pada 1954 yang lalu , namun akhirnya mula ditinggalkan para kakitangan sejak tahun 1992. Malangnya mereka meninggalkan berama bekas mengandungi bahan-bahan toksik , termasuk anthrax dan pes yang tak dimeterai dengan benar , sehingga berlaku kebocoran teruk yang kemudian membuatnya menjadi bandar mati .


8. GARNET, MONTANA
Garnet dulunya adalah sebuah bandar yang terkenal akan emasnya . Namun setelah emasnya habis , bandar berpenduduk 1.000 orang ini perlahan-lahan ditinggalkan oleh warganya , bahkan sejak 1920 , kota ini sudah menjadi bandar mati , sunyi dan tak berpenghuni . Dasyat ya ? Jadi kota ' mati ' kerana ketamakan manusia . Duh !


9. CRACO, ITALY
Kalau dilihat sepintas , ngeri ya bandar Craco ini . Tapi siapa sangka kalau kota yang berada di puncak gunung ini yang dulunya merupakan salah satu bandar dengan pusat penduduk terbesar di abad ke - 8 , kini adalah sebuah bandar mati tak berpenduduk ?

Craco mulai ditinggalkan oleh warganya kerana bencana tanah runtuh dan gempa dahsyat di tahun 1980. Tak hairan lah kalau Craco masuk dalam senarai bandar mati terindah . Pesonanya bahkan pernah menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem James Bond berjudul Quantum of Solace serta filem The Passion of The Christ karya pengarah kelas Oscar , Mel Gibson


10. PRIPYAT, UKRAINE
Pripyat merupakan sebuah bandar dengan populasi penduduk sebanyak 50ribu orang . Pada tahun 1986 , berlaku kebocoran loji nuklear Chernobyl sehingga membuat kerajaan memindahkan warga keluar dari kota ini sehingga menjadikannya bandar mati sampai sekarang , terutama kerana radiasi nuklear yang masih berlaku akibat kebocoran tersebut .


11. ROSS ISLAND, INDIA
Pulau ini dulunya merupakan markas pusat undang-undang Inggeris , ketika melakukan penjajahannya di India . Apabila gempa bumi tahun 1941 , sebahagian besar penduduk melarikan diri dan tidak pernah kembali lagi sehingga menjadikannya kota sunyi berhantu hingga sekarang . Wah !


12. DHANUSHKODI, INDIA
Lapangan Dhanishkodi terletak di pinggiran pantai di India . Pada tahun 1964 , bandar ini hancur akibat di terkena angin taufan . Sampai sekarang tempat ini masih dianggap sebagai tempat keramat bagi para penganut agama Hindu di India bahkan dunia .


13. SHI CHENG, CHINA
Shi Cheng yang juga sering disebut dengan Atlantis dari timur ini menjadi bandar mati yang ditinggalkan oleh para penduduknya setelah pada tahun 1959 sengaja dibanjiri , bertujuan untuk menjadi jalan air empangan .


14. ORDOS, CHINA
Bandar Ordos awalnya dirancang untuk pembangunan bandar moden yang boleh menampung sehingga satu juta penduduk di bandar yang berada di pedalaman Mongolia ini . Malangnya pelbagai hutang semakin tinggi akhirnya memaksa pembangunannya terhenti , seluruh warga pun terpaksa berpindah ke tempat lain . Duh , sayang ya ? Padahal kalau dilihat - lihat amat maju lohhh !


15. CENTRALIA PENNSYLVANIA
Daerah ini dahulunya merupakan lombong arang batu bawah tanah . Kerana beberapa hal , sejak tahun 1962 , tempat ini kemudian terjadi kebakaran hebat , api yang terus membara di dalam lombong menyebabkan pelbagai bahaya yang mengancam sehingga akhirnya penduduk menerima tawaran kerajaan untuk keluar dari bandar ini , kecuali sejumlah kecil penduduk dan sebuah gereja yang masih tetap meneruskan perjuangan tinggal disana .


16. WITTENOOM, AUSTRALIA
Wittenoom dulunya adalah sebuah bandar kecil yang menjadi pangkalan tambang asbes yang sangat besar di Australia , bahkan di tahun 1950 - an hingga 1960 - an sempat menjadi satu - satunya pembekal asbestos biru negara ini . Negara ini menjadi ' mati ' setelah kerajaan mengeluarkan tanda bahaya sebab kualiti udaranya yang berbahaya membuat warga Wittenoom sering mengalami sakit - sakitan

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon