Header Ads

Gubahan gula-gula berbentuk itik, siap ada kepak.

[20 gambar] Manisan merupakan salah satu hantaran wajib. Contoh manisan seperti gula-gula, coklat, muffin, cupcake dan lain jenis.

Selain untuk hantaran, boleh jadikan hadiah untuk majlis-majlis tertentu. Takde lah bosan semacam je asyik balut masuk dalam kotak. Ups. Waktu majlis pernikahan Lisa, kami memilih unutk menyediakan satu hantaran gula-gula dan satu lagi hantaran kek batik. 

Hah, untuk entry kali ni, Ema fokus kepada cara membuat gubahan itik gula-gula. Macam nilah rupa hantaran kami, cantikkan? Tahukah anda kos yang diperlukan adalah kurang daripada RM10 tak termasuk harga dulang kayu yang kami buat sendiri juga.


Alatan/bahan yang diperlukan:
  • Cardboard @ kertas keras lain yang bersesuaian. Eloklah guna kertas recycle macam kami, dah jimat kos. Kalau beli baru, kosnya RM3.50. Kita guna hanya separuh je ya.
  • Sebungkus plastik gula-gula. Anggaran 200-300 biji dalam satu bungkus, tak pakai habis pun. Harga berbeza mengikut jenama. Ema pilih gula-gula yang menjadi kesukaan ramai.
  • Gam tembak, gunting, double sided dan lain-lain yang bersesuaian.
Berikut merupakan gambaran full cardboard yang telah dilukis pelan untuk buat rangka itik gubahan. Hanya guna separuh cardboard. Lukis dengan lebih rapat untuk elakkan pembaziran ruang. Terdapat 4 bahagian utama iaitu A, B, C dan D. 

Saiz pelan ikut suka hati, maksudnya jika mahu itik besar kenalah lukis besar-besar. Mungkin guna full cardboard. Jika mahu itik kecik, lukis kecik la. Jika mahu saiz seperti itik Ema, pastikan guna separuh cardboard sahaja. Confirm sama saiz. Heheheheee


Bahagian A: potong garisan hitam. Cantumkan dan bentukkan seperti mangkuk. Ada dua lipatan yang perlu dibuat. Memang sengaja tak potong sama besar. Lipatan lebar untuk bahagian ekor itik. Lipatan yang lebih kecil untuk dilekat rangka leher itik.  



Terpulang nak warna putih bahagian dalam atau luar. Seragamkan warna, kalau hitam kat luar, buatlah semuanya hitam. Kalau tak nanti jadi kuda belang pula. Cantumkan bahagian B dengan A, membentuk seperti songkok. Oh ya, boleh tengok bahagian luar macam gambar di bawah ni.


Bahagian dalam pula macam gambar di bawah. A dan B telah dilekatkan sepenuhnya,


Sekarang tibalah saat untuk cantum bahagian C. Terpulang nak buat leher lentok, tegak, senget ikut suka anda lah. Pada asalnya, Ema nak buat angsa, entah macam mana boleh jadi macam itik pula. Hahahaa... Cantumkan kiri dan kanan. Tak perlu rapat habis sebab nak lekat gula-gula juga,


Ema gunakan salotape hitam untuk bahagian leher. Dah ada rupa itik sikit. Hehee


Kemaskan bahagian yang dicantum.


Untuk dada itik, jika anda rasa jarak rangka leher terlalu jauh, anda boleh sengkang dengan cardboard. Buat keseluruhan rangka dengan simetri supaya lebih stabil.


Untuk menampal gula-gula, double sided digunakan. Malangnya, double sided tidak sesuai digunakan jika itik gula-gula anda dibiarkan lama sehingga 3 4 hari. Gula-gula akan tertanggal sendiri walaupun double sided masih kuat melekap. Sebenarnya, cara terbaik melekatkan gula-gula adalah menggunakan gam tembak. Nak tahu kenapa? Teruskan pembacaan anda. 


Ema mulakan dengan menampal gula-gula di bahagian kepak itik. Dari hujung atas turun ke bawah. 


Untuk tambahan aksesori, anda boleh meletak mata tiruan seperti diatas. Boleh cari di kedai kraftangan dengan kos 10 biji mata = RM2. Anda hanya guna sepasang mata je tau. Boleh guna semula pembalut gula-gula untuk buat muncung itik.


Hah, dah siap! Macam burung pun ada kan. Hihihii. Tinggal nak letak kat dulang hantaran, pastu selesai dah satu jenis hantaran kan! Tapi, ada beberapa perkara anda perlu titik beratkan.... teruskan pembacaan anda dibawah ni ya. Kalau tak, itik gula-gula anda akan musnah sama sekali.



Untuk pengetahuan anda, gambar d.i.y diatas adalah cubaan pertama gubahan hiasan itik gula-gula yang Ema buat. Disebabkan majlis nya lagi sebulan, Ema balut dengan plastik wrap. Kononnya semut tak hurung. Memang semut tak hurung. Tetapi........krik, krik, krik...

Malangnya hantaran tersebut tetap gagal sampai ke tangan pihak pengantin. Whats????? 

Setelah 3-4 hari berlalu, tergerak hati nak tengok gubahan itu semula. Hampir 40% gula-gula tercabut dan gugur syahid di medan perang. Hahahahaaa... Dahla gitu, melekit pula sana-sini sebabnya gula-gula tu mencair. Bila diteliti, rupanya pemilihan plastik gula-gula amat memainkan peranan penting.




Berikut Ema sertakan tips membuat gubahan itik gula-gula:


Nampak gayanya, kena lah buat itik gula-gula yang baru sebab yang lama dah total lost. Rupanya ada hikmahnya, itik kedua lebih kemas comel tough daripada itik pertama. Cara buatnya juga lebih mudah dan tak leceh sebab guna gam tembak je. Kenapalah tak terfikir dari awal, hoho..


Ema juga beli bekas berbentuk telur. Tak bajet pun nak letak. Kebetulan masa jalan-jalan cari barang, terjumpa mainan kanak-kanak bentuk telur terus beli la. Hehehee... Mainan ni RM1.20, Ema beli dua Asalnya, bekas ni ada gula-gula getah dan mainan kanak-kanak. Ema keluarkan semua dan gantikan dengan gula-gula yang baru.

Sekarang, gubahan itik gula-gula dah siap sepenuhnya dan kami amat berpuas hati dengan hasilnya. 


Moga-moga d.i.y ringkas dapat memberi inspirasi dan idea baru kepada pengubah barang hantaran.  Hidupkan kan untuk memberi. Hehehee... Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.



No comments

Powered by Blogger.