Saturday, January 16

Guna lubang dawai buat backdrop kertas.

Kali ini Ema nak share cara LovelyIndeed buat backdrop guna kertas warna. Cara mereka gunakan lebih kurang sama dengan Pelamin Jimat Guna Tisu yang Ema share pada entry sebelum ini. 

Bezanya, penggunaan tisu diganti dengan kertas warna. Hanya satu lapis kertas yang diperlukan. Kalau guna tisu, terpaksa kepil 3 hingga 4 helai tisu kerana tisu lebih ringan dan lembut. Penggunaan kertas warna lebih bagus kerana terdapat banyak pilihan warna. Namun, kertas warna lebih tinggi kosnya berbanding penggunaan tisu walaupun guna hanya satu lapis sahaja.


Apapun jom layan cara-cara diy backdrop menggunakan kertas warna. Sangat mudah dan happening, lakukannya dengan orang tersayang, pasti lebih ceria. 


Pasang stand yang bersesuai untuk backdrop. Pastikan stand dikunci kemas untuk mengelakkan roboh tiba-tiba. Jika kedudukan stand tidak kukuh, letak batu-bata atau benda lain yang sesuai di bahagian tapaknya.


Biasanya ketinggian yang digunakan adalah 7 - 8 kaki dengan kelebaran 8 kaki. Elakkan letak backdrop di laluan angin. Tempat terbaik adalah dihadapan dinding.


Tarik tegang dawai mata punai setegang yang boleh dan ikat menggunakan tali/dawai. 


Pilih kertas berwarna dan gabungkan warna mengikut kesukaan anda. 


Kertas warna dipotong petak 1x1. Anggaran saiz 18cm x 18cm. Dicadangkan mencuba 2 3 helai kertas petak dan adjust saiz mana yang perlu. Setelah puas hati, barulah potong petak untuk semua kertas, kumpulkan dan di satu tempat.


Ambil satu helai kertas. Cubit ditengah-tengah kertas.


Sumbatkan bahagian yang dicubit tadi ke dalam lubang dawai mata punai. Kembangkan bahagian bucu kertas dan kemas kini kedudukannya.


Buat ikut suka anda. Gabungan warna adalah flexibel dan boleh di adjust bila-bila masa.


Kerja begini lebih seronok bila partner kita mempunyai minat sama dengan kita.


Pastikan jarak setiap sumbatan adalah sama untuk mendapatkan hasil yang teratur dan kemas.


Rongga kosong yang kelihatan ditutup dengan hanya mengembangkan kertas-kertas tadi.


Anggaran masa yang diambil dua orang untuk siap adalah dua jam.


Lampiran:



Artikel Terkait

2 Luahan Hati

hi! saya nak tanya, kat mana nak beli stand tu?

HAI dear, ada dijual di kedai cuci gambar


EmoticonEmoticon