Header Ads

20 Ciri-ciri yang dikenal pasti sebagai "orang kreatif".


1. Dapat idea tak kira masa
Jangan pelik sebab orang kreatif ni memang macam tu. Kat mana-mana je boleh dapat idea. Kadang-kadang tu sebab terpandang or terdengar something je boleh dapat idea baru.

2. Seorang yang sangat kuat berangan
Yes orang kreatif ni memang kuat berangan. Yelah sebab imaginasi mereka kan tinggi, suka bayang bukan-bukan, pikir macam macam. tu pasal lah kuat berangan.

3. Cepat boring
Diorang ni memang cepat bosan so orang kreatif ni kena ada kerja yang diorang boleh buat sebab mereka takkan fokus kalau dapat kerja yang diorang tak suka.

4. Melihat dunia dengan mata kanak-kanak.
Ada sebahagian dari diri mereka yg tak membesar. Kadang2 cara pemikiran diorang pon macam budak2.

5. Tak pernah give up
Banyak mana pun diorang gagal, diorang akan cuba sampai dapat.  Lagi2 pulak benda yang dibuat tu something yang diorang suka.

6. Suka ikut gerak hati even dalam kepala pikir lain
Kebanyakkannya lah kan, orang kreatif ni kurang kisah dengan masalah yang dia ada instead lagi suka amik risiko.

7. Khayal sangat sampai tak sedar masa berjalan
Bila orang kreatif ni dah mula buat kerja diorang, diorang memang khayal sampai tak ingat nak makan, minum ngan tidur. Sebab bila tetiba idea keluar melimpah-limpah, memang cepat je tangan tu jalan dan tak pikir apa dah haha

8. Tidur bila orangh biasa kerja, dan kerja bila orang biasa tidur.
Yang jenis kreatif tu paham lah. Kalau orang biasa nak tidur, biasanya orang yang kreatif ni akan stay up buat keje dia. 

9. Pandang masalah sebagai satu peluang
Kekadang setiap masalah tu orang kreatif boleh pikir positif and selesaikan dengan cara yang baik.

10. Jatuh cinta dengan hasil kerja sendiri (tapi tetiba besok dah tak suka)
Benda ni mungkin tak semua, tapi certain creative people mesti akan rasa macam tu. Dah hasilkan artwork cantik2 pastu puas hati sekejap je. Besok cakap tak cantik pastu nak betulkan lah apa lah hmm...

11. Benci dengan artwork sendiri tapi 12 jam lepas tu, ehhh sukaa pulak.
Korang pon tau kan orang kreatif ni selalu ada rasa tak puas hati dengan kerja yang dia hasilkan sbb dia tahu dia boleh buat lagi bagus.

12. Orang Kreatif seorang yang humble tapi rasa bangga dalam masa yang sama.
Diorang ni humble kalau bab2 pujian ni sebab mereka ni jenis yang sentiasa nak belajar tapi bila datang bab idea and penghasilan sesuatu karya haa bangga habis haha

13. Sentiasa mencari cara baru untuk menyampaikan sesuatu
Yelah bila dah kreatif ni mesti rasa nak cuba benda baru kan. Ada je experimentnya hahahaha

14. Suka berlengah kerja
Bagilah deadline cepat mana pun, Orang Kreatif mesti boleh siapkan tapi percayalah mereka akan buat 90% dari kerja mereka sehari sebelum hantar. *Vv selalu buat camtu* muauahahahaha

15. Selalu perhati sesuatu keadaan dari sudut yang berbeza.
Kalau Orang Biasa boleh pikir satu idea je, Orang Kreatif boleh pikir lebih dari tu. Yes exactly they have different point of view.

16. Tidak Sukakan Peraturan
Peraturan or any rules whatsoever ni bukan lah untuk Orang Kreatif. Even creative people yang femes2 dulu pun ada di kalangan mereka merupakan seorang penjenayah !

17. Tak suka nombor
Boleh kira orang kreatif genius bab2 bagi idea but not math. Jangan terkejut bila ada dikalangan mereka yang sangat tidak sukakan matematik.

18. Pemerhati yang baik
Boleh kira pemerhati yang sangat baik sampaikan benda2 remeh pon diorang perasan. Sebab apa ? Sebab setiap benda yang diorang lihat tu sentiasa menjadi inspirasi bagi diorang and of course to help them generate their next idea.

19. Sentiasa mencipta pengalaman baru
Sebab orang kreatif sentiasa ada perasan ingin tahu so diorang takkan takut2 untuk cuba benda yang baru (:

20. Kerap terdengar suara kecil dalam kepala
Hah yang ni sebab terlalu banyak idea. Tapi awas, kalau tak tahu kontrol, mungkin boleh jadi gilerr. Hohoo

No comments

Powered by Blogger.