Header Ads

Nasihat Kepada Newbie Bisnes Online

Untuk yang baru nak bermula... mungkin ada yang rasa kecewa bila post kita tak dapat response...betul kan?

Nk tau apa sebabnya? Sebelum ni kita tak pernah post pasal produk, tiba-tiba sekarang baru ada. Orang sedang memerhati kita sebenarnya sebab sekali tengok, mereka tak akan terus order.

Teruskan post ..... sebab post yang awal-awal ini adalah hanya sekadar ingin memperkenalkan diri dan produk yang kita jual. Jangan target nak menjual terus, pasti anda kecewa.

Bila viewers dah selalu tengok post kita, baru keyakinan akan timbul....sebab dia tau, kita memang betul-betul seller yang boleh dipercayai.... Jika kita post 2x, 3x sahaja.....lepas tu stop (sebab frust kononnya)....orang lagi tak percaya kat kita.

So....untuk permulaan ni, post sekerap mungkin, 1/2jam sekali dan setiap hari...non stop. Sampai 1 tahap...bila orang nampak nama kita je orang dah tau kita ni pengedar & peniaga.

Tapi nak sampai tahap tu.....buat dan terus buat.......konsisten...istiqamah. Hasilnya pasti tak mengecewakan.... Muhasabah diri........tanya balik......siapa kita ni sampai sekali post terus orang nak
beli....?

Dalam kursus sabtu lepas.....Jutawan online yang berjaya PN EIDA HASSAN beritahu......dalam 1
jam, dia post sebanyak 5x. 12 minit, 1 post.... Cer tengok....kita post berapa kali dalam sejam....? 😱😱😱😱 Jadi.....lepas ni, ubah cara berfikir, ubah cara bekerja. Insyaallh.... semua pasti boleh CEMERLANG:
14 CARA UNTUK BERJAYA

  1. buat bisnes (knowledge)
  2. sentiasa fokus pada matlamat
  3. kuasai suara kecil dalam diri anda
  4. kuasai kepercayaan/keyakinan (tukar sistem kpercayaan kita)
  5. tukar persekitaran/suasana hidup yang lebih positif
  6. perhatikan dengan siapa kita bergaul/berkawan
  7. konsistens
  8. follow sistem 100%, strategi
  9. kuasai ilmu yang khusus
  10. komitment dengan mentor
  11. tingkatkan nilai diri anda
  12. tulis platform/skill tahun ni dan pergi belajar
  13. siapkan satu-satu impian anda, yang dah capai take note.
  14. sumbangan (setiap bulan bagi sumbangan pada siapa-siapa saja walaupun sikit-sikit)



3 CARA MENGUASAI DIRI:

  1. persoalan diri (bisikan-bisikan negatif)
  2. lawan balik suara hati yang negatif
  3. follow dan tambah lagi dengan idea yang lebih baik



PENGHALANG UTK BERJAYA:

  1. kurang energy
  2. kurang fokus
  3. kurang sihat
  4. kurang minat



PEMBUNUH KEBERANIAN / KEYAKINAN MANUSIA:

💥TAKUT, WAS-WAS, RAGU-RAGU

  • bisikan orang yang negatif amat bahaya.
  • apa yang orang cakap pasal kita tidak penting tapi apa yang kita cakap pasal kita lagi penting
  • jangan campur orang yang bergaduh.
  • manusia senang terima sesuatu yang reality.
  • protect kolam(hati/jiwa) anda/ jaga kolam anda dari perkara-perkara yang negatif..


💥SEDIKIT TIPS BUAT YANG BERNIAGA

  • Tolong jadikan rutin harian uols....
  • Waktu paling berkesan untuk update ialah Jam 9 pagi, Jam 3 ptg & Jam 9 mlm
  • Hari efisien ialah pada hari bekerja....
  • Hari minggu jarang orang tengok handphone
  • Sehari 6 kali update.....
  • Manusia akan lebih mengingati jika dia nampak dan baca promosi kita 6 kali sehari.....
  • 1 kali tengok baru dia buat derkk
  • 2 kali tengok dia rasa nak baca
  • 3 kali tengok dia rasa berminat
  • 4 kali tengok dia rasa teruja
  • 5 kali tengok dia rasa tak tertahan
  • Yang ke 6 kali dia akan buat keputusan untuk PM@ WHATSAPPS kita


💥JANGAN GIVE UP! 

  • InShaaAllah. Ada la rezeki.. Bila dah ada yang pertama order, insyaAllah yang kedua Allah permudahkan.... Tawakal dan Usaha... Moga Allah pandang usaha kita dan doa-doa kita..

No comments

Powered by Blogger.