Header Ads

4 Kesilapan Semasa Ber'Networking'



1. Kita bercakap tentang kita. Asyik benar bercerita tentang kita, keluarga, bisnes semasa dan seumpamanya. Ghairah bercerita tentang 'life story' kita dalam pertemuan adalah 'over kill'.

Kita wajar mendengar. Berikan telinga. Tambahkan senyum.

2. Bertemu untuk mendapatkan sesuatu. Orang tidak suka diperguna. Apa yang betul mulakan dengan niat membantu. Menambah nilai dan selepas itu ruang untuk kita dibantu akan terbuka luas.

Mulakan dengan memberi dan berkongsi. Kita akan dirai.

3. Lupa mahu mengucapkan terima kasih. Kita berpisah tanpa ungkapan paling berharga itu. Dan kita bakal mendapati kita tiada lagi dalam radar sedar orang yang kita temui tadi.

Sentiasa ada nota yang kita hantar selepas bertemu.Ia seumpama jambatan kukuh untuk menyeberang pada masa akan datang.

4. Tidak ada tindakan susulan. Kita bertemu seseorang dan kita lupa untuk terus cari jalan kukuhkan hubungan. Networking adalah permulaan. Selepas itu adalah tentang pembelajaran, berkembang dan menyemai kukuh hubungan jangka panjang.

Bina tabiat sosial yang baik dan kita akan ke depan.

(Dato' Roslan Abd Hamid)

1 comment:

Powered by Blogger.