Header Ads

Syarikat Enterprise Itu Apa??


1. Ia bukan syarikat . Ia cuma lesen berniaga . Bak kata sifu saya , ia cuma lesen niaga ! Apabila anda mati , syarikat harus ditutup ! Lesen niaga ini pula perlu diperbaharui bila mati . Syarikat Sdn Bhd tak perlu perbaharui lesen !

2. Ia terdiri dengan nama seperti ini : Ali Roti Bakar , Ali Roti Bakar Enterprise , Ali Roti Bakar Resources , Ali Roti .

3. Untuk mendaftarkan syarikat ini , memerlukan anda seorang (milikan tunggal) , atau 2 hingga lebih .

4. Syarikat ini tidak boleh dipindah milik

5. Syarikat ini cukainya tinggi hingga 25%

6. Syarikat ini susah mendapat kelulusan loan bank bg permohonan loan sehingga jutaan ringgit

7. Syarikat ini tiada setiausaha (sekretari) . Anda boleh daftar sendiri . Syarikat ini tiada paid up capital !

8. Syarikat ini boleh guna alamat kediaman

9. Segala duit dalam akaun syarikat ini akan dibekukan dan dihantar kepada amanah raya bila anda mati

10. Jawatan tertinggi dalam syarikat enterprise adalah Manager / Pengurus . Tak ada makna nak feeling2 Director / CEO / Pengarah

11. Anda adalah kuli kepada syarikat enterprise anda . Anda adalah bos kepada syarikat enterprise anda . Anda adalah pegawai pemasaran bagi syarikat enterprise anda .


Tips by Sofea Ilias

No comments

Powered by Blogger.