Header Ads

Dari Senawang ke Kedah, semata² nak belajar sabun.

[4 gambar] Awal bulan 8, Ema datang kursus belajar sabun di Kedah. Sangat menyeronokkan sebab berpeluang belajar asas membuat sabun. Kursus adalah selama 5 jam bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang lebih. Kelas santai tetapi sangat padat ilmu buat sabun yang diperolehi. TQ cikgu!


Jenis-jenis sabun yang dipelajari adalah seperti berikut:
  1. Sabun Herba Cengkih (coklat)
  2. Sabun Brightening (merah jambu)
  3. Sabun Scrub Loofah (yang berwarna biru laut)
  4. Sabun Rumpai Laut (warna oren dan ianya paque)
  5. Sabun Doorgift (kelopak bunga)
 Proses penyediaan sabun doorgift daripada kelopak bunga tiruan terpakai. Sangat menarik!


Yang ni pula sabun scrub loofah. Loofah tu datang dari sabut sayur petola, memang sangat best bila guna untuk menyetal daki di badan. Hehehee

Yuran yang diperlukan untuk belajar dalam kursus ini hanyalah RM 350. Sangat murah jika nak dibandingkan dengan agensi yang lain. Malangnya, bagi Ema tak berapa jimat sebab kursus ni diadakan di Kedah. Almaklumlah orang senawang. Kihkih Tapi takpe, demi ilmu.

Gi sana naik bas je sebab tak larat pun nak drive. Naik bas petang, sampai sana malam. Keesokkan harinya, kelas bermula. Habis je kelas terus gerak balik n9. Dasyatkan, Ema terus pengsan lepas tu. Hahahahaaa... 

Apapun ianya pengalaman yang hebat. Luar daripada bidang Ema selama ini. Dan saya sangat berterima kasih kepada guru yang mengajar saya. Terima kasih juga kepada sahabat saya Nurfarahin Harith kerana sudi menjemput Ema di stesen bas dan tumpang tidur satu malam. 

Mekasihhh...

No comments

Powered by Blogger.