Header Ads

Sdn Bhd Mudah Dibuka Jika...


Ya nk buka sdn bhd memang kena bayar yuran sekretari sekitar RM1800-2500 . Sebab itu ramai tak sdn bhd disebabkan kos penubuhan ini .

Siapa yang menjadikan alasan kos mahal sebagai penghalang penubuhan Sdn Bhd , nampak sangat dia berbisnez cara solo dan tiada kawan dalam bisnez . Dia keseorangan ! Dia bisnez sorang-sorang . Tak ada siapa percaya dia . Tak ada siapa nak dengar idea dia dan jadi partner dalam bisnez . Orang-orang begini sangat kesian !

Kenapa saya cakap macam ni ?


**********************
Nak buka sdn bhd ini mudah jika kita tiada modal :-

1. Cari rakan bisnez yang ada modal (contoh mcm saya)
2. Kemukakan idea bernas anda . Bagi mereka nilai
3. Anda menjadi pekerja syarikat iaitu CEO . Saya cuma menjadi pemegang saham .
4. Anda menaikkan syarikat untuk mendapat keuntungan . Anda juga pemegang saham , hujung tahun anda mendapat dividen . Saya dapat sikit walau saya beri modal , anda dapat banyak sebab anda majukan syarikat .
**********************

Jadi nak buka sdn bhd , banyakkan berkawan dengan orang bisnez yang ada modal melabur . Jangan bisnez sorang-sorang ! Kadang-kadang kita tak bernasib baik . Kita ada idea , tapi kita tiada modal .

Cina maju dalam bisnez sebab dia buka Sdn Bhd . Dia tak kena tipu ngn kawan dia , dia tak kena tipu dengan bos dia , dia tak kena tipu dengan pejanjian itu ini . Dia tak kena tipu dengan janji manis dividen dan bonus .

Ini saya pelik dengan Melayu . Buat bisnez bersama sama dengan kwn , kawan janji itu ini , buka enterprise . Tapi nama sndri tak ada dalam enterprise . Enterprise pulak tu . Macam mana nak report kalau kawan tipu dividen jika % saham pun kita tak tahu !

Sdn Bhd ini ada baiknya . Kita boleh elak ditipu ! Kawan ajak invest duit dalam bisnez dia ?? Kita boleh cek laporan audit tahunan mereka di SSM . Mereka tak boleh tipu kata untung padahal SSM kata rugi .

Berimpilah ntok membuka 1 Sdn Bhd dan jangan di zon selesa membuka enterprise . Kata nak jadi jutawan ??


Tips by Sofea Ilias

No comments

Powered by Blogger.