Header Ads

Nota Beginner 07: Fungsi Bisnes Pertama


Bisnes pertama kita bukanlah untuk membuat untung yang banyak. Ini kita mesti ingat. Jangan fikir kita terus boleh menjadi kaya selepas membuka bisnes pertama kita. Itulah kesilapan orang yang terpedaya oleh cakap-cakap penipu. Mereka dapat ditipu kerana mereka percaya mereka boleh buat banyak duit dengan bisnes pertama mereka. Tanyalah businessman yang berjaya. Berapa kali mereka mencuba bisnes demi bisnes, sebelum berjumpa dengan bisnes yang menjadi.

Apabila kita membuka bisnes pertama, tidak untung pun tidak apa. Kalau bisnes pertama kita bungkus, itu memang sudah dalam jangkaan. Makanya modal kita mesti kecil. Jangan lebih daripada RM2k sahaja. Kalau pulang modal pun itu sudah sangat baik!

Fungsi bisnes pertama kita adalah:

  • Kita perlu belajar membuang rasa malu hendak berniaga.
  • Membuang rasa takut-takut hendak mengambil risiko duit modal kita mungkin terbakar.
  • Belajar merasai pedih peritnya hendak mendapatkan RM1.
  • Mebuang cara berfikir orang biasa. Menggantikannya dengan cara berfikir orang berniaga.
  • Memahami di mana kita mungkin silap sehingga bisnes tidak menjadi.
  • Mengawal emosi, bersabar dan mahami perangai pelik-pelik manusia yang dikatakan pembeli dan pelanggan.

Dalam bahasa mudah, bisnes pertama kita adalah 'sekolah bisnes' di mana di situlah kita dapat membuang kebodohan-kebodohan kita.

Tips by: Puan Ainon Mohd

No comments

Powered by Blogger.