Header Ads

Mulakan Perniagaan Tanpa Modal



JANGAN bandingkan diri kita dengan orang yang dah lama bisnes . Kita akan rebah dan rasa down sebab tak dapat buat jualan yang banyak macam mereka . Menjadi seorang beginner ada cara tersendiri nak buat jualan yang banyak setiap hari . Caranya sangat mudah dan dah banyak orang aplikasikan cara ini . Tapi , pepatah menyebut rom tidak dibina dalam 1 hari ! Semua benda perlukan masa !

Pernah dengar ramai pemborong dan owner produk adalah seorang dropship dahulu ?? Ya mesti ramai pernah dengar kan . Betol tu , bermula lah bisnez dengan menjadi seorang dropship !

1. Cari 1 produk . Fokus

2. Jika anda membuat produk sendri , bagi keuntungan 40% kepada dropship . Tak apa mahal . Kalau bagi sikit 20% , dropship tak mahu menjadi ahli dropship kita . Mereka akan cari orang lain ! Dropship ni adalah FREE MARKETING ! Keuntungan yang banyak membuatkan mereka akan setia pada produk kita seorang sahaja .

3. Jika anda menjual produk orang lain , bagi keuntungan kepada dropship sebanyak 30% . Takpe kita untung skit , ini proses membanyakkan askar-askar kita dan mereka ini berguna pada masa akan datang .

4. Tak perlu cari stokis dan agen ! Cari seberapa ramai dropship yg boleh . Bygkan ada 500 dropshipper . Jika mereka upload di FB produk kita setiap hari , makin ramai yang nampak akan viralnya produk kita disitu . Tak apa tak beli pun . Ia FREE marketing !

5. Bagi reward ! Seorang dropship akan bersemangat apabila ada reward . Sama ada hadiah/barang/wang tunai . Hargai mereka !

Semakin ramai askar yang dibina , semakin ramai agen/stokis yang akan menjual produk . Sedar atau tak sedar , kita dah berjaya didik orang berniaga tanpa modal ! Bermulalah dengan menjadi seorang dropship ! Jangan bagi alasan tak ada modal . Ini dah tak boleh pakai !


Tips by Sofea Ilias

No comments

Powered by Blogger.