Header Ads

Cabaran Sofea Sebelum Bergelar Jutawan




Antara perkara-perkara susah yang saya pernah lalui dulu antara umur 18-21 sebelum sesenang ini sekarang :
  1. Saya naik teksi ke kilang dan pos barang .
  2. Saya beli botol naik teksi dan bawak botol-botol itu masuk teksi seorang diri
  3. Saya pernah gunting sticker guna gunting . Senang cerita gunting sticker secara manual . Kadang-kadang sampai berpuluh ribu sticker terpaksa digunting .
  4. Saya pernah tidak dilayan oleh kilang sticker sebab order sticker yang sikit sebanyak 1000
  5. Saya pernah terpaksa pulangkan duit stokis berjumlah RM12500 sedangkan dia sendiri yang tak mampu menjual .
  6. Saya pernah lekat sticker produk seorang diri
  7. Saya pernah ditipu oleh seorang Doktor daripada 1 kilang produk .
  8. Saya pernah disontot emas RM175ribu
  9. Saya pernah rugi membuka spa RM120ribu kos renovation
  10. Saya pernah buat 1 produk tapi tak berjaya dan tiada sambutan
  11. Saya pernah bungkus produk guna plastik sampah hitam sebab poslaju tak bagi plastik poslaju
  12. Saya berbisnez dirumah selama 2 tahun ! Baru tahun ni saya buka ofis sendiri .
  13. Saya biasa dipandang rendah oleh orang kerana umur .
  14. Saya berbisnez selama 6 bulan dan tidak guna duit simpanan mahupun untung walau sesen . Saya catu kewangan dan makan sebab nak beli kereta .
  15. Saya pernah disaman dan naik makhamah pada umur 18 tahun .
  16. Saya pernah COD barang kepada customer naik teksi tapi dia tak jadi beli .
  17. Saya pernah ditipu kilang apabila order bahan ramuan tapi tak dapat .
  18. Saya lah yang design sticker dan botol , saya juga lah yang print nya di kedai dengan kos yang mahal .
  19. Tak ada siapa nak bantu saya marketing . Bila saya mesej semua sifu-sifu senyap . Mungkin mereka tak kenal saya .

Zaman-zaman kejatuhan saya . Jangan cakap bisnez asyik diatas sahaja . Ada masa akan kebawah . Tapi buat relax buat cool :-
  1. Saya pernah rugi RM120ribu hasil pembukaan spa & pusat estetik
  2. Saya pernah disontot emas RM175ribu sedangkan itu wang untuk buat rumah mak ayah saya
  3. Saya pernah mncuba nasib melakukan kerjasama penghasilan produk bersama chemist tapi produk tak menjadi . Saya rugi RM70ribu . Kami bergaduh pasal KKM . Produk dirampas KKM . Putih mata .
  4. Aurora saya pernah tidak laku pada Oktober 2013 sebelum saya meletopkan ia balik pada Oktober 2014 . Bulan 2-9 sale sangat gempak sehingga saya 1st menjadi jutawan pada usia 19 tahun kemudian sale merudum turun
  5. Saya pernah order barang dari kilang tetapi barang tidak smpai . Poslaju kata hilang . Saya rugi hampir RM48ribu
  6. Saya pernah untung sehingga RM700ribu sebulan kemudian bulan depan sale cuma RM15ribu akibat permainan harga
  7. Saya pernah buat Fb Ads tetapi rugi dan rugi . Trafik tak nak masuk !
  8. Jenama Aurora saya pernah ingin dihakcipta terpelihara oleh seorang peniaga Cina mengakibatkan saya hampir tidak mndapat hakcipta terpelihara itu .
  9. Saya pernah naik turun makhamah sebanyak 3x di Sabah akibat bisnez
  10. Saya pernah rugi puluhan ribu akibat membuat pengiklanan di Majalah sedangkan ia langsung tak mendatangkan untung
  11. Saya pernah menjadi pengemis di kedai pemborong Chow Kit untuk memasukkan produk disana . Mereka tak layan kita sangat pun . Promote produk kita pun taknak
  12. Pada tahun lepas , Wis Putih saya jatuh pada bulan 9 akibat pemainan harga . Saya telah buat Wis Putih Rejuvenasi dengan modal agak besar tapi projek tergendala sehingga ke hari ini kerana beri laluan kpd Aurora .
  13. Pernah lah satu masa saya punya simpanan lebih kurang RM2000 kerana beri fokus kepada untung syarikat . SAYA TAK AMBIK GAJI SELAMA 8 BULAN !
  14. Produk saya banyak kali ditiru , sekali model kena sapu ! Ayat marketing habis kene copy paste
  15. Saya ramai haters sana sini , fitnah disana sini
  16. Saya selalu banyak bagi ilmu & idea free padahal saya boleh buat wang dengan ilmu itu ! Kemudian , mereka burukkan saya di belakang dan cuba menjatuhkan saya . Mereka banding-bandingkan produk saya dengan mereka secara terang-terangan . Ini tidak sihat !

Nasihat saya , jiwa harus kental jika ingin bisnez ! Kalau jatuh sekali dah tak reti nak bangun , jangan bisnez !

Nasihat saya , nak manja , jangan buat bisnez lah !

No comments

Powered by Blogger.