Header Ads

Info ringkas pendidikan Seni Arca

(Arca ikan gergasi
ini dibuat menggunakan
botol plastik yang dibuang.
Ia berada di pantai
Rio de Janiro, Brazil. )

Definisi:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.


Sejarah Arca
Sejarah penemuan terawal seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India.Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai.Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu. Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.

Di Malaysia, kaum asli Mah Meri dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.

Generasi muda yang turut melibatkan diri dalam penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain. Sebuah Laman Asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur.

Ciri-ciri Arca
Mementingkan unsur ruang dan bentuk dan imbangan. Dalam proses menghasilkan arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian hendaklah diambilkira.


Jenis – Jenis Arca
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.


Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.






Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik.


(Arca timbulan (relief) pada permukaan dinding sebagai monumen untuk memperingati Korban 40000 Jiwa Kota Parepare.)

(Arca Timbulan tamadun Mesopatamia yang dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.)


Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak.



(Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an.)


Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.



(Carder, Alexander‘Stabile,Paris-La-Defense-(1976))



(Carder, Alexander‘Stabile,Paris-La-Defense-(1976))


Arca Gabungan

          Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.

Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.




Arca-arca Yang Terdapat Di Malaysia


Antara arca awam yang awal di Malaysia. 4 tokoh penjajah British yang diagungkan menggunakan medium arca awam dengan tujuan mengesahkan keberadaan serta persepsi mereka sebagai hero di Tanah Melayu. Atas kiri Francis Light, atas kanan Frank Swethnam. Bawah kiri Stamford Raffles, bawah kanan Robert Walker.


Bangunan stesen keretapi di Tanjong Pagar turut terdapat karya–karya arca timbulan di bahagian hadapannya. Arca timbulan tersebut mempunyai empat imej figura di setiap tiang bahagian hadapan bangunan. Arca timbulan tersebut membawa simbol pertanian, perdagangan, pengangkutan dan industri. Pengarca Angelo Vannetti* dengan kerjasama dari firma Raoul Bigazzi (pembekal marmar dan gangsa) telah mengukir arca timbulan tersebut. Berbeza dengan arca timbulan di bangunan RRIM yang mempunyai timbualan yang rendah (low relief ), arca timbulan di KTM ini tinggi menonjol keluar (high relief) Disamping itu terdapat mural di kedua-dua dinding yang tinggi pada ruang menunggu di dalam bangunan, mural tersebut menggambarkan sisioekonomi di Tanah Melayu ketiku itu. Lakaran aktiviti perlombongan timah, sawah padi, penanaman getah dan tongkang China yang sedang berlabuh mengingatkan asal usul Singapura yang berada dalam Tanah Melayu suatu waktu dulu. Bangunan yang dibina dalam tahun 1932 itu ia tetap membawa identiti Tanah Melayu.


Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan untuk memperingati jasa mereka yang terlibat (dan berkorban) di dalam Perang Dunia Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.
(“Keris” arca yang telah dihasilkan oleh Lattif Mohidin)
Penghujung tahun 2010 dua arca awam lagi telah dibina di Bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah syarikat telekomunikasi yang gah Aixata telah meminta pengarca terkenal Ramlan Abdullah untuk membina arcanya di perkarangan bangunan baru mereka di kawasan KL Senteral. “Prisms by Axiata” 2010 menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter dan yang tertinggi setakat ini di Malaysia. Menjadi ikon terbaru Axiata dan Bandaraya Kuala Lumpur.

Selepas 13 tahun arca ‘keris’ oleh Abdul Latiff Mohidin di taja oleh Maybank. Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah arca oleh Yusof Gani telah di bina di Menara Maybank untuk menjadi teman kepada arca ‘keris’. Dengan tajuk ‘Segerak- One Movement ,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah membawa inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5.




Credit to: Art4u


No comments

Powered by Blogger.