Header Ads

7 Larangan Memulakan Bisnes!


Mari baca .

1. Jangan mula bisnez dengan berhutang ! Hutang akan buat kita tak dapat rasa duit untung . Duit untung kena guna bayar hutang ! Ini buat semangat kita luntur dalam bisnez . Duit dalam bank tak bertambah tambah ! Habis bayar hutang !

2. Jangan buat bisnez yang memerlukan kita buat loan dan pinjam kawan ! Dah la baru nak berjinak , tapi kita sibuk nak start bisnez cara orang kaya ! Kena ukur baju di badan sendiri . Pilih bisnez yang modalnya kecil dan 2/3 daripada simpanan kita . Sebagai contoh menjadi stokis produk yang kos nya RM3000 . Modal nya kecil , dan pusingan modal dapat dilakukan dengan cepat ! Barang pula senang jual sebab HQ betul-betul menerapkan marketing yang berkesan !

3. Jangan pilih bisnez yang pusingan modalnya lambat ! Pilih bisnez yang pusingan modal nya cepat ! Sebagai contoh menjual buah di pasar malam , bisnez membuka gerai lemang , bisnez menjual moist cake , bisnez menjual tapai yang mana modalnya kecil dan duit modal boleh dipusing cepat ! Bisnez bungkus bila tiada CASH !

4. Jangan sesekali beri hutang kepada pembeli ! Jangan terlalu baik dan terlalu percaya orang ! Hutang menyebabkan kita gagal rolling duit modal . Akibatnya bisnez akan sontot nanti !

5. Jangan buka kedai pada permulaan bisnez ! Jangan buka kedai selagi untung bisnez belum ada RM300k ! Tak apa bisnez melalui rumah atau dimana2 yang tidak memerlukan kita membayar sewa yang mahal .

6. Jangan menggaji pekerja yang ramai ! Kita uruskan mana yang kita mampu . Kita belajar buat semua benda sendiri . Bila empayar dah berkembang , baru gaji pekerja dan suruh mereka lakukan tugas kita ! Selagi boleh kurangkan kos . Kita kurangkan !

7. Jangan boros ! Ikat perut ! Mimpi-mimpi untuk memakai kereta besar atau memiliki kedai yang mempunyai hiasan dalaman yang cantik harus dilupakan ! Simpan duit untung sebaiknya ! Ikat perut dan nafsu . Bila bisnez sudah stabil baru boleh bermimpi .


Tips by Sofea Ilias

No comments

Powered by Blogger.